Saturday, October 25, 2008

What a moment... during doing assignment

the worst word for every student "assignment"
tidak kisah lah bebudak sekolah rendah, menengah, mahasiswa, raja siswa or tukang ambik upah he he

tahap kesukaran memanglah tidak sama ikut peringkat umur dan ketinggian ilmu tetapi pada masa itu semua golongan itu taadi berkongsi satu rasa sahaja "exhausted" mental dan emosi juga fizikal.

mana tidaknya, resam buat assgnment mestilah last minit. klo buat awal-awal tidak rasa keseronokan "chaos" keramat itu. dahlah last minit, buku-buku pun berterabur, kerangka jawapan masih dalam lembayung sebab tulang belulang idea masih berbalam-balam samar wujud dan bentuknya.

tambah seronok buat assgnment, bila besok nak hantar hari ini masi lagi mencari bahan. korek sana, gali sini, sibak menyibak lembaran dan helaian buku, majalah, kitab atau berlayar di lautan internet tapi tak nampak-nampak daratan, bila tengok hanya kaki langit di kiri kanan depan belakang. nah pada masa itu lah, segalanya kegusaran bercantum, kelam kabut berpadu dalam tingkah laku yang panik.

buat! buat ! buat ! assgnment. besok nak hantar. malam ini kita bertempur dengan butang keyboard, malam ini kita pacak peniti di kelopak mata, berteman kopi dan beristeri buku-buku.
bila sudah siap, alangkah leganya. alangkah letihnya. terkuras habis tenaga. zahir batin.

bila markah keluar...
kita akan tatap nombor itu dan tepuk dahi
berkata, kalaulah ku buat lebih awal,
ku tahu ku boleh dapat yang lebih bagus...

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner