Friday, October 17, 2008

Bubur kacang berperisa durian yang enak

bubur kacang memang ada penggemarnya
amat sesuai dihidangkan sebagai juadah petang
bersama kopi sebagai pasangannya.

bubur kacang juga ada pelbagai variasi. yang tradisional dan moden.
bubur kacang tradisi hanya berinti gula dan santan. tapi bubur kacang moden kaya dengan campuran yang kreatif untuk menimbulkan aroma, perisa dan tekstur rupa.

bayangkan bubur kacang, hijau dengan air manisnya dihirup panas-panas sambil duduk-duduk santai menikmati rehat petang.
bayangkan bubur kacang. kali ini bercampur kacang merah dan sagu. tambah gula merah dan santan dan diakhiri dengan beberapa ulas bijih durian untuk menambah aramo dan rasa.
hidangkan semangkuk bubur ini panas-panas. biarkan aromanya menyentuh nafsu, nikmati kepelbagaian warnah kekacang di dalam mangkuk. ambil sudu senduklah dan masukkan ke dalam mulut sambil menghirup aroma durian dalam bubur. kunyahlah perlahan untuk merasa tekstur lembut kekacang dengan lemak santan dan manis gula custard yang bersebati setara. telan dan sedut udara sebelum hembus untuk kepuasan rasa sebenar. akhiri makan petang dengan segelas kopi panas.

alangkah sedapnya kalau dapat makan bubur kacang berperisa durian.
alangkah bertuahnya kalau bubur dimasak si gadis manis
alangkah indah rasa hati kalau si gadis sendiri memberi
rasa nak makan pun sayang hilang pula kenangan itu habis lumat dalam perut
jika makan kasih si gadis akan masuk ke dalam darah dan daging
bersebati beratu dengan hati dan rasa.

aku ingin makan bubur kacang berperisa durian
adakah yang sudi memberi
bersama kasih

1 comments:

DAI said...

aneh... sa baru ja mkn kelmarin.. misteri btul la cgu ni. mnta la ba c ** buat..hehe

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner