Thursday, October 9, 2008

once a bad day in office

today at work during our small gathering to makan kueh raya sudenly one of my new kwn sekerja mengimbau balik kenangan paling buruk dlm sejarahnya bekerja.
he he i still remembered d event. that a raging n bullish time for the new comer ha ha ha.

i am here bkn utk mengetawakan dia or mereka.
actly, at that humaliting time i felt ashamed for the whole thing n person yg terlibat termasuklah kami the senior yang tdk mampu berbuat apa2.
well that life my junior. ia berlaku sepanjang masa. kali ini kita melihat, besok kita pula yang terpinga-pinga malu. rasa diri kecil dan tidak berguna pastu kena marah2 lagi depan kwn2.

mgkn pada masa dia mengeluh itu ku kurang prihatin hingga menyinggung rasanya.
mungin pada waktu itu senyum dan ketawaku dipandang sinis dan melecehkan.
barangkali juga dia marah, tersinggung dan merajuk.
walau apa pun ku ingin minta maaf. ku memang careless.

namun izinkan ku mengimbau balik
kenangan tentang peristiwa sama yang berlaku atas diriku
sepuluh kali lebih dasyhat, lebih memalukan, lebih menyakitkan hati
betapa pada waktu itu
ku terdiam tdk terkata. lidah keluh tidak percaya. telinga panas, hati mengeledak marah tapi otak beku dari segala aktiviti.

ceritanya bertajuk..
Buku Catatan Rasmi yang sial...

it all berlaku di awal tahun di kala semangat bekerja sedang mengeladak. kena lagi buku diari baru saja siap dan akan dimasyurkan diedarkan pada masa itu yang kebetulan pula adalah meeting besar awal tahun.

di hujung meeting, buku diari sampai di sekolah. ku tahu kerana kerani datang memanggil pk1 utk datang ke pejabat membuat penerimaan barang. pada waktu itu, hati berdebar, separuh bangga separuh khuatir. bangga kerana dapat menyiapkan buku diari yang akan diedarkan kepada semua org sekejap lagi. risau bagaimana penerimaan kwn2 dan terutamanya pengetua.

pk1 datang sambil tersenyum bangga membelek buku diarinya dan memberikan satu salinan pengetua dan setiap pk yang ada di depan. pengetua mengambil sambil menjeling buku tersebut lalu meletakkan di hadapannya.
pada waktu itu naluriku mendentingkan tanda amaran. ada kilas bahaya dalam respon tersebut.

kerisauan ku menjadi kenyataan. habis meletakkan buku pengetua terus mematikan isu yang sedang di perkatakan. langsung bertanya, mana dohimbang ? semua mata memandangku, reflek tanganku terangkat menanda kehadiran korban sembelihan di dalam bilik.
ku tidak pasti apa berlaku seterusnya...
yang nyata ku bagai tdak jejak di sana. dengan smua mata memandangku, pengetua mengkritik buku diari sehabis-habisnya. malnya diri tdk terkata. bgai ku duduk telanjang di sana sambil menari bogel pula rasa aibnya. mata ku berkelip meram melik mungkin mulut terlopong mungkin muka merah menyala kaku terpaku membiar diri di siat-siat.

sehabis meeting ku berjalan mcm di awangan. semua kawan yang ku jumpa hanya memandang penuh kasihan, memelas dan mungkin mencemuh padan muka mungkin juga mengetawakan diriku dan kerja ku yang baru saja dirubbishkan.

wahai juniorku...
masa itu klo boleh terus saja ku mahu pindah sekolah, pindah negeri atau berhenti saja kerja p cari kerja lain.
semangat berkobar di awal tahun punah. lebur dlm aib.
sepanjang hari ku tidak sabar mahu pulang. tidak tahan dengan diri bagai di awangan.
sepulang kerja terus berkurung di dalam bilik menyusup dalam selimut menumpahkan segala kemarahan kekecewaan sakit hati dan malu dalam diam tidak berkutik yang panjang dalam tangis yang disembunyi dalam tidur yang penuh kecewa.
jika boleh tdk mahu bangun dari tidur, jika mampu akan ku tahan matahari dari timbul kerana bila siang ku kena kembali ke tempat kerja. menghadapi hari yang suram dengan semangat yang meleleh lebur.

hari itu ku ingin berhenti kerja
minggu itu ku x longlai tiada semangat
bulan itu ku jadi pemurung yang putus asa
tahun itu ku simpan azam ku bulatkan tekad ku gandakan usaha.

demi...

tahun hadapan masa yang sama
ku bersumpah
pengetua akan memuji diri dan buku ku sampai ke langit.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner