Thursday, October 23, 2008

Bohong sunat Bohong wajib

sedang ku duduk rehat di depan tv bertujuan menurunkan nasi supaya hadam dalam usus, terdengar komen seorang wanita;
"dalam Islam hukum bohong terbahagi kepada bohong sunat dan bohong wajib"

menyisip kata itu dalam benak, membuat otak malas ini berputar seketika. bertanya diri, betulkah ada hukum bohong sunat n bohong wajib dalam Islam ?

meninjau riak wajah ahli panel yang arif tentang hukum hakam agama yang tersenyum sinis dan tidak percaya mendengar ungkapan begitu, ku percaya tidak wujud bohong sunat dan bohong wajib dalam Islam.

Tetiba tercuit pula hati dengan imbauan dialog filem P Ramlee, "bohong sunat jaa!" masa mo kahwin lagi ha ha ha
mungkin dari impak dan pengaruh dialog inilah yang membuatkan timbul satu persepsi bahawa wujud hukum bohong sunat dan bohong wajib dalam agama. MasyaAllah. begitu kuat pengaru filem dalam diri dan masyarakat kita.

mendengar jawapan dan ulasan lengkap dengan hujah, dalil dan contoh dalam rancangn ini, saya diyakinkan sememangnya tidak ada bohong sunat atau bohong wajib dalam Islam. bahkan jika kita berbohong boleh mendorong kepada kemunafikan.
Benar pada niat, benar pada lidah, benar pada tindakan, dan benar pada janji. 4 sifat benar yang mengelakkan diri dari sifat bohong.

menyingkap diri dan masyarakat sekarang, berbohong sudah menjadi pakaian hidup. dibuat setiap masa dalam banyak keadaan. mungkin persepsi bohong sunat iaitu berbohong untuk kebaikan sudah menjadi ad din dalam diri.Nauzubillah.

"ya Allah ya tuhanku, aku memohon ampun atas segala kebohongan yang telah ku lakukan baik untuk menyelamatkan diri atau untuk kebaikan. Ya Allah bimbinglah aku dalam melayari hidup dengan kapal bernama as-siddiq.

Tahniah RTM dan JAKIM. Forum Islam Lidah Bercabang amt baik dan menyeronokkan.
keep it up.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner