Open House during raya is something yang lazim di negara ini. bahkan ia telah menjadi budaya yang mempunyai tatacara tersendiri. tuan rumah membuka pintu rumah kepada semua untuk datang menziarah sambil menjamu selera. satu cara untuk menjalin kemesraan dan mengukuh ukhwah.
tatacara ini bukanlah suatu yang rigid. kadangkala ia dilanggar dengan pengenalan kepada rumah terbuka secara lebih menyeluruh terutama bila melibatkan jemputan yang ramai. misalannya membuat rumah terbuka menggunakan dewan atau restoran. ini selalunya diamalkan oleh pemimpin negeri dan negara.
mungkin sesuatu yang baru. atau unik...
Open house dibuat oleh sebilangan orang di tempat awam untuk menjamu saudara mara sahabat handai dan orang setempat.
inilah yang ku lalui hari ini. satu penemuan yang menarik. bilamana satu komuniti di sebuah kampung yang penduduk islamnya hanya berjumlah 10 keluarga bersatu hati bersepakat membuat majlis hari raya di balai raya kampung untuk bersama menjamu orang kampung, sahabat dan saudara mara.
ketibaan ku bersama family di balai raya kampung di sambut oleh salah sebuah keluarga penganjur. masuk ke dalam ruang balai raya yang anehnya berada dalam keadaan superior berbanding kampung-kampung lain terus terlihat deretan bangku tersusun rapi. di pentas terbentang backdrop acara hari itu mengalu-alukan ketibaan tetamu. juga tersedia set karaoke lengkap dengan videoman dan pa sistem di tepi pentas.
tidak lama para jemputan dijemput untuk mengambi hidangan di satu sudut di depan pentas. berbondang-bondang lah tetamu yang hadir beratur untuk mengambil giliran memilih juadah yang terdiri daripada lemang di satu sisi dan lauk pauk di sisi yang lain. mulanya ku tercengang juga dan berasa agak lucu melihatnya. terkenang semasa menghadiri rumah terbuka PM dan CM he he. bezanya khalayaknya orang kg dan tempatnya di sebuah kg.
menghadiri majlis seunik ini, menghayati usaha semulia itu, membuka mata hati akan kekurangan, menjana minda untuk penambahbaikan. namun keikhlasan penganjur dan tetamu untuk bersama merayakan aidilfitri tetap menjadi kekaguman nombor satu.


0 comments:
Post a Comment