Men alwez wonder about women.
How delicate their are but also how hard and stubborn they can be.
but one thing that only a women have that can effect their men life day to day every month is PERIOD
This thing can be d best jokes among man but it also can give biggest influences to their stability physically and mostly emotionally. especially when their women have d syndrome of getting the worst pain during PERIOD.
so what is this syndrome : maybe this article can help the man during this hard time for their women an as well to himself.
Sakit ketika Haid
Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai Dismenorhea atau kekejangan haid.
Apakah penyebabnya?
• Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
• Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
• Kelesuan
• Loya dan muntah
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-jenis sakit haid (Dismenorhea)
Primer:
• Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.
• Ia akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
• Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Penjagaan sendiri
• Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
• Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
• Mandi dengan air suam.
• Urut di bahagian yang sakit.
• Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
Teknik-teknik relaksasi:
o Banyakkan berehat
o Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
Pengawalan pemakanan
o Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
o Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
Rawatan perubatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
• Ubat penahan sakit seperti Parasetamol, Salisilat, ubat Asid Mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
• Pil-pil perancang keluarga atau Kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
• Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.


0 comments:
Post a Comment