Monday, October 13, 2008

Introvert or Ekstrovert ?

semua orang pasti pernah mendengar perkataan berkaitan personaliti ini.

Introvert - orang yang suka menyendiri, memendam rasa, pendiam, tidak bercampur dengan orang lain atau bersosial. suka buat aktiviti sendiri dan membuat keputusan sendiri. kadangkala angkuh, ego tapi rendah esteem diri.

Ekstrovert - orang yang suka bersosial. mudah bergaul danmesra. suka kan aktiviti luar, boleh bekerja dalam kumpulan. mempunyai kualiti kepimpinan dan perucapan yang baik. berkeyakinan, berdikari dan disenangi orang sekeliling.

meninjau takrif kedua-dua personaliti tersebut;
merenung diri sendiri
mengisi 4 tetingkap peribadi
di manakah diri anda ?

adakah seorang introvert ?
adakah seorang ekstrovert ?

atau

kedua-duanya
umpama mengkarung; bagai amphibia atau lebih teruk munafiq.

bolehkah
seorang introvert juga menjadi ekstrovert ? atau seorang ekstrovert sebenarnya juga seorang introvert ?

bagaimana kalau..
di luar; seorang yang mudah mesra, senyum memanjang, ketawa sahaja dalam semua gurauan dan kutukan, boleh bercakap dengan baik, mampu bekerja berkumpulan tapi lebih menonjol bila buat kerja sendirian...
di dalam; bila kembali ke habitat terus berkurung macam beruang sedang berhibernasi. leyap dalam dunia sendiri, leka dalam aktiviti individualistik.

apa namanya personaliti orang begini ?

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner