Tuesday, October 14, 2008

Tahun-tahun buat tapi gitu-gitu juga

he he
Dr M cakap orang melayu mudah lupa
memang fitrah manusia umumnya pelupa

bijak pandai pula berkata
belajarlah dari kesilapan..
orang tua-tua cakap..
pengalaman memberi seribu pengajaran

tapi apa yang kita buat dengan pengetahuan yang ditimba dan pengalaman yang dialami ?

abaikan ?
perbaiki ?

bagaimana dengan satu tugas yang setiap tahun dilaksanakan. adakah dalam setiap tahun itu kita laksanakan tugas itu macam tahun-taun lalu juga ? atau ada penambahbaikan yang dilaksanakan pada setiap tahun mendatang berdasar kekurangan tahun itu ?

analogikan dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1.
adakah masalah yang sama berlaku setiap tahun ?
sudahkah masalah yang sama itu dikenalpasti ?
apakah ada penambahbaikan yang telah dilaksanakan tahun ini untuk mengatasi kekurangan tahun lalu ?

sesungguhnya
kecekapan kerja dinilai oleh orang ramai berpandukan pengalaman berhubung dengan sistem penyampian yang dialami mereka.
pengalaman ini akan membentuk persepsi kualiti kerja

jika benda sama berlaku setiap tahun
marah bertukar bosan atas kualiti penyampaian semakin merudum
nescaya
persepsi akan jadi lagenda turun temurun

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner