Sunday, October 19, 2008

SMKT Family Festive & a heart in dilemma

today smkt once again organized it annual pesta hari keluarga.

seperti biasa, keluarga besar smkt yang terdiri daripada staf dan keluarga masing-masing berkumpul di dataran OKK Bayang untuk bersama,berkenalan, bersaing, dan bergembira dalam pelbagai acara sukan rakyat.

kehadiran staf seperti lazimnya tahun-tahun lalu hanya sekitar 60% sahaja. namun ini tidak mencacatkan kegembiraan yang terpancar dan kemersraan yang dijalin antara keluarga besar ini.

acara wajib adalah sukaneka. dimulakan dengan kategori anak-anak staf sebelum staf bersama keluarga beradu dan bersaing dalam sukaneka yang lucu, aneh dan adakalanya lucah ha ha. sehabis acara sukaneka, semua berkumpul di anjung budi untuk mengikuti upacara perasmian dan penyampaian hadiah.

Menariknya pesta keluarga hari ini adalah ia juga melibatkan majlis perpisahan atau meraihkan persaraan ibuku, Pn. Lintar Agon. ku amat gembira kerana acara ini diselitkan sbb beliau sdng bercuti dan kembali bertugas semula pada bulan disember sebelum pencen dan pada masa itu pastilah tidak ada staf akan meraihkanny. Jadi molekkah majlis beliau didahulukan.

cuma, ada ganjalan di hati apabila aku dijadikan juruacara. ku risau; ku dalam dilema; ku amat susah hati. Bagaimanalah nanti ku akan mengacarakan majlis ? nnti sebak pula n keluar air mata ku, pasti akan rosak majlis dan besarlah kemaluan nanti.
aku seorang yang amat sensitif. jika mengacarakan; kata dan ayat datang langsung dari hati dan rasa. barulah kelancaran dan intonasi lahir. jika emosi terganggu, ada sebak dan ada tangis nescaya akan beku hati, akan mati rasa dan tidak akan ada kata yang akn keluar dari mulut ku.

" Ya Allah bantu lah aku. bukakanlah hati seorang insan untk tampil menyelamatkan ku."
doa ku sejak khamis lalu sampai ke subuh tadi.

kalaulah turun kurnia Allah, aku berjanji akan menolongnya
aku bernazar pasti membahagiakan orang itu.
Amin ya rabbil alamin

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner