Thursday, July 9, 2009

KITA berjaya !!!! PPSMI akhirnya mati..

8 Julai 2009
satu sejarah bangsa Malaysia terukir megah
berlandas perjuangan
memartabatkan bahasa
sebagai jiwa bangsa, sukma negara
1 bahasa 1 Malaysia
antara bahasa malaysia atau bahasa inggeris
akhirnya..
bahasa malaysia jua dijulang.

PPSMI
lahirnya umpama perintah dari langit
umum malam i besok pagi dilaksanakan
membelakangkan norma musyawarah
menyongsang teori pembelajaran & pemerolehan bahasa
bahasa sebagai medium ilmu, komunikasi n agen sosialisasi
pemimpin mengangguk hipokrit
rakyat pasrah dalam paksa

namun
buah yang busuk dalam bakul
baunya dicium indera jua
merangsang sahsia dan kudrat
menyinsing lengan perjuangan
menegakkan yang benar
membetulkan yang salah

akhirnya
kebathilan tewas jua
kebenaran kembali ke permukaan
berbonus
langkah betul utk mengajarkan bahasa inggeris
barlah sakit kepala
dirawat dengan ubat sakit kepala
bukan ubat sakit gigi atau kaki
he he

TAHNIAH !!!!!!
kepada semua pejuang
dalam diam, yg berbisik, yg berteriak, yg berdemonstrasi
akhirnya..
kita berjaya..

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner