Wednesday, July 15, 2009

cerdik tdk boleh diajar bodoh tdk belajar

Berikut merupakan entri menarik daripada pengalaman Prof Abdullah Hassan yang disiarkan dlm blognya..

Setelah mengisi pinggan, lalu seorang pelayan muda bertanya “Hendak minum apa?”

Saya menjawab “Teh o panas kurang gula.”

Layanannya cukup pantas, sebelum saya sempat duduk pelayan muda tadi sudah sampai kembali dengan minuman saya sambil bertanya, “Adik nak duduk di mana?”

Terperanjat saya dibuatkan oleh panggilan “Adik.” Dalam bahasa Za’ba, kata panggilan ini diberi istilah “pemadan taraf.”

Dengan serta-merta saya terfikir bahawa saya ini ditarafkan sebagai “Adik” sahaja. Pada hal, saya tidak berkopiah, dan rambut putih saya tentu jelas kelihatan.”

Saya cuma menunjukkan meja sebelah.

Oleh sebab saya masih dalam proses membayar makanan itu, maka saya mengambil peluang menerangkan kepada penerima bayaran yang duduk di kaunter. Andaian saya mengatakan tentulah yang memungut wang ini Tuan gerai tersebut.

Saya membuat permintaan “Puan, sila beri tahu pelayan yang itu, supaya tidak memanggil saya ‘adik.’ Panggil ‘Encik’ sahaja.”

Cik Puan itu menyedari kesalahan itu lalu memberi cadangan “Pak Cik, boleh?”

Saya menjawab, “Tidak, panggillah ‘Encik.’ Panggilan ‘Encik’ itu adalah hormat, sesuai dengan perniagaan. Panggilan ‘Pak Cik’ itu adalah panggilan keluarga, dan saya bukan ahli keluarga dia.”

Balas Cik Puan, “Serupalah.”

Saya pun memendekkan cerita dan duduk dan makan dengan tidak berselera.

Terasa saya gagal mengajarkan sesuatu amalan bahasa bersantun kepada Cik Puan ini.

Bodoh yang tidak boleh diajar dan cerdik yang tidak boleh diikut.

ha ha ha ha
bila baca kisah nie terus tersenyum sendiri
apalah nayanya orng tu p panggl prof abdullah yang rambut semua putih dgn nama "adik"
muka begitu famous pun tak kenal ke ? d tanjung malim lagi tu. hmm

nak cerita di sini pengalaman yang hampir sama
8 julai 2009
klinik gigi preska, tuaran
pagi tu p sana sbb ada appointment utk cuci gigi
my nur yg bawa n belanja hehe
so nur punya giliran awal
ku tunggu lah giliranku dgn baca paper n duduk di sofa
then nampak pintu bilik rawatan 2 terbuka n seorng nurse muda menjegilkan kepalanya
lantas memanggil-manggil beberapa kali
mulanya slow lepas tu kuat sampai menarik perhatianku
dia pangil "pakcik !! pakcik!!!"
ku heran n melihat sekeliling tapi tak nmpak sesiapa pun
then ku diri dgn jari teunjuk smbil kerut kening..
nurse itu pun mengangguk boring n agak marah n berkata
"ya, pakcik lah !!1 giliran pakcik sudah. mari masuk sini.

ku yg masih terperanjat tambahlah terperanjat beruk
sambil masih berkerinyit dahi berdirilah masuk p dalam
dlm hati menggerutu
kurung ajar punya nurse
ada panggil ku pakcik. ceh

he he he
kesimpulannya
ramai orang sekarang tidak pandai berbahasa
or tahu apa itu bahasa sapaan n panggilan
unit paling asas dalam bahasa melayu
yang diajar di skeolah n diguna hari2

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner