Wednesday, July 15, 2009

aduhai manisnya pembuka bicara ..

berikut merupakan pembuka bicara dalam warkah seorang pelajar kpd Prf. Hassan.
(disiarkan dalam blog prof Abdullah Hasan)

"Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillaah hirrahmaan nirrahiim. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Kitab Al-Quran kepada hamba-Nya yang Dia tidak menjadikannya bengkok, (iaitu tidak ada dalam Al-Quran itu makna yang berlawanan dan tidak ada penyimpangan daripada kebenaran). Sebagai bimbingan yang lurus bagi memperingatkan pada siksa yang sangat pedih dari sisi-Nya dan memberikan khabar gembira untuk orang-orang Mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik. Mereka kekal di dalam syurga itu untuk selama-lamanya.( Surah AI-Kahfi: 1-3)

Ke hadapan Ayahanda Abdullah Hassan yang dihormati, bersama buah hati yang setia Bonda serta seisi keluarga yang dikasihi. Semoga semuanya sentiasa sihat walafiah dalam jagaan dan pemeliharaan Ar-Rahman yang Maha Pemurah dan Ar-Rahim yang Maha Pengasih lagi. Lindungan bahagia dan sejahtera di bawah naungan arasy Rahmah dan Barakah Allah subhanahu wa taala AI-Khalid serta ditiupkan rasa kemanisan yang sering subur lantaran mengecapi nikmat keagungan Islam dan Iman yang berpanjangan.

Anakanda doakan agar Ayahanda sekeluarga sentiasa mengecapi limpahan kebahagian dan curahan ketenangan serta dipermudahkan dalam segenap urusan harian."
....
waaaa
ini baru mukadimah surat sebenarnya. panjang lagi isi kandungannya..
menariknya..
perhatikan gaya bahasa yang digunakan...
timbul pertanyaan di hati
is it ok to write that way..

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner