Yasmin Ahmad
Pegarah filem dan Iklan tersohor Malaysia
meninggal dunia jam 10 malam tadi.
A-Fatihah utk allahyarhamah..
mengenang Yasmin Ahmad..
1. pengarah filem
merupakan seorang pengarah yang berani dan berjaya. keberaniannya bukan setakat mengetengahkan idea baru cerita tapi juga menyangkut sudut pengarahan dan penataan seni yang segar.
sebagai seorang pengarah muda berbangsa melayu, kehebatan Yasmin adalah cerita filemnya tidak berkisar dan berada dlm tempurung film bangsa melayu tipikal. beliau membawa dimensi baru dengan berani mengetengahkan sisi lain. Filem Malaysia. itulah yang cuba diterapkan oleh Yasmin dengan berani dalam filem2 yang banyak mengetengahkan kisah malaysian yang rencam dan rigid dgn isu perkauman.
filem-filem yasmin banyak mengutarakan hubungan cina-melayu. satu garapan yang selama ini amat kurang diterokai oleh penerbit dan pengarah filem melayu.
bukan setakat cerita, pelakon juga bersifat malaysian malaysia. sifat ini ketara kerana bukan saja menampilkan ramai pelakon cina dan india tapi melangkah jauh dgn menjadikan hero filem seorang bangsa cina.
walaupun bgt, bakat yang diketengahkan oleh yasmin bukan alang-alang. semuanya bertaraf pelakon kategori A. taraf yang boleh diberikan kerana peluang, ruang dan didikan yang diberikan oleh pengarah ini.
2. Pengarah Iklan
Yasmin memang sdh tidak bersama kita lagi. tai karya agungnya sudah pasti dalam genre iklan akan kekal dalam ingatan kita semua. semua yang melihat iklan arahan dan terbitan Yasmin pasti akan terpesona. kagum bukan sahaja kepada cerita, seni dan lakonan tapi juga kepada nilai yang ditonjolkan meresap dalam hidup sebenar.
iklan petronas mengenai perpaduan. tan beng chok. bersama gadis melayu yang dicintainya adalah produk agung yang digarap begitu indah dan semulajadi. bila ditanyangkan di cannes, penonton memberikan ekpresi luarbiasa; ketawa, sorakan, erangan dan diakhiri dgn standing ovation.
itulah yang patut diterima Yasmin
a Standing Ovation.
semoga Allah swt merahmati allahyarhamah


0 comments:
Post a Comment