Wednesday, June 10, 2009

"a sincere Thank You doesnt exist anymore" Sarawak CM

bila tngk berita tadi..
tetiba telinga mendengar headline
"generasi muda sekarang tidak lagi menghayati n mengamalkan budaya terima kasih yang tulus"
terus hati rasa tertarik...
mengamit minda utk berfikir mengenai senario sekarang n budaya berterima kasih.

a sincere thank you
sepatutnya datang dari hati dan diucap tulus n jujur sebagai lambang penghargaan kepada apa-apa sahaja yang mendatangkan kesenangan, kemudahan dan keselesaan kepada diri kita. ucapan ini lazimnya diucapkan selepas satu-satu "jasa" atau "pertolongan" yang diterima oleh kita dan diucapkan kepada yang memberikan pertolongan itu.

adakah generasi muda sekarang tidak menghayati n mengamalkan budaya berterima kasih yang tulus ???

bagi diriku..
dalam banyak keadaan.. jawapanya YA.
jawapan jujur yang datang daripada pengalman hidup dan juga kerjaya sebagai seorang guru.
terus diri tercenang sejenak, memikir dan cuba mengingat berapa kerapkah seorang pelajar mengucapkan terima kasih kepada seorang guru sebaik dia mendapat pertolongan, bimbingan dan didikan daripada guru tersebut.
sebenarnya jasa dan pertolongan guru cukup besar bagaikan lautan tidak bertepi dan berdasar kepada pelajar. jasa dan pertolongan dalam bentuk material, masa, tenaga, pengetahuan, didikan, bimbingan, nasihat dan sebagainya lagi yang tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja atau semasa aktiviti rasmi kokurikulum.
tapi antara banyak-banyak jasa dan pertolongan itu...
pernahkan pelajar mengucapkan terima kasih.
cth: guru menghantar pelajar ke aktiviti kokurikulum d bandar, menjaga sampai habis, membelanja makan minum dan menghantar pulang sampai ke pintu rumah pada jauh petang. senario biasa pelajar akan buka pintu kereta n menutup dengan kuat lantas berlari masuk ke rumah... mana ucap terima kasih. sepatah kata yang pasti akan membayar segala wang ringit, masa, tenaga yang telah dikorbankan oleh guru itu demi kecemerlangan pelajar itu sendiri.

adakah sekolah gagal mendidik pelajar mehayati, menyemai dan mengamalkan budaya terima kasih ????
Jawapannya YA dan TIDAK
ya sebab setiap kali upacara rasmi dan akhir kelas bagi setiap mata pelajaran, semua pelajar akan berdiri dan mengucapkan terima kasih cikgu !!! adakah ucapan dan tindakan ini yang dilakukan berulangan hampir 12 kali setiap hari tidak cukup untuk menyemai budaya ? bahkan penyemaian budaya ini tetap diterapkan dalam kurikulum setiap mata pelajaran. kenapa ia tidak mberjaya menjadi amalan hidup mereka ?

mungkin jawapannya ada di rumah.
institusi keluarga masih lagi berperanan penting menerap dan membudayakan ucapan terima kasih dalam kalangan anak-anak. jika anak tidak pandai berterima kasih kepada ibu dan bapa yang melahir dan meemihara mereka.. apakah mereka akan berterima kasih kepada orang lain yang jasanya pasti tidak sebesar ibu dan bapa ??
cth: guru tadi mengambil anak dan menghantar pulang anak... apa tidakan ibu bapa ketika itu. hanya berdiam di dalam rumah. tidak keluar atau menjeling pun guru tersebut bagaikan dia hanyalah kawan2 anaknya.

he he
kesimpulannya..
budaya berterima kasih mencerminkan sikap ibu bapa
juga kejayaan guru melahirkan modal insan berhemah tinggi.
Tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak yang nampak isu ini..

p/s :
- alangkah baik bila pelajar jumpa semua guru yang mengajarnya n salam sambil ucap terima kasih selepas mendapat keputusan exam umum atau sebelum menghadiri exam.
- alangkah lebih manis jikalau ibubapa datang jumpa guru, salam n mengucapkan terima kasih ketika menemani anaknya mengambil slip exam

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner