Monday, June 1, 2009

Bangunan Jaya Supermarket Seksyen 14 PJ "COLLAPSED"


pict from malaysiaInsider

sungguh tidak di sangka. siapa sangka bangunan 6 tingkat yang menempatkan jaya supermarket di sekysen 14 Petaling jaya, selangor ble runtuh. sekaligus menimbus beberapa mangsa malang..

terus terkenang masa di UM sepanjang 1995-99.
inilah antara supermarket tempat diriku n the geng selalu p round sebab paling dekat dgn 9th college di seksyen 14/16.

berikut petikan berita Utusan yang mengamit memori dan juga keluhan di hati...

PETALING JAYA 28 Mei – Seorang buruh warga Indonesia maut, manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan lama pusat membeli belah Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh ketika kerja-kerja mengubah suai dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed,

kejadian dipercayai berlaku pukul 4.45 petang ini.

“Seramai 150 pegawai dan anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela dikerahkan ke tempat kejadian.

“Dua daripada mangsa sudah diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat dijalankan menjurus kepada kawasan di mana posisi mangsa-mangsa yang tertimbus dikenal pasti. – Utusan.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner