Friday, June 12, 2009

antara nisbah jantina guru VS tawaran KPLI JUN 09

11 jun tarikh yang agak penting dan mengaitkan banyak peristiwa penting dalam dunia pendidikan negara. antara yang paling menggemparkan adalah pendedahan nisbah jantina perempuan yang jauh melebihi guru lelaki di seluruh negara. pendedahan ini menarik minat menteri pelajaran untuk memberi respon menyelesaikan masalah. begitu juga dgn pihak2 lain turut memberikan pandangan dan cadangan.
kebetulan pula pada masa sama keputusan kpli ambilan jun 09 sepatutnya diumumkan pada hari yang sama. beribu-ribu yang memohon, menhadiri ujian dan kemudiannya temuduga menanti-nanti hari ini dan lekat di laman web kpm untuk menyemak keputusan dgn hati penuh debar.
malangnya keputusan di tunda ke 17 jun. seminggu ke hadapan.

Petikan berita Utusan Malaysia 12 jun 2009

"...Mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Aminah Ayob yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran sedang mengambil langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

Tegasnya, dilema bilangan lelaki yang jauh ketinggalan berbanding wanita sememangnya menjadi tumpuan utama kementerian untuk menyelesaikannya.

Beliau berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina sebaliknya merupakan situasi realiti pada masa kini.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai masalah itu dan antara pandangan dikemukakan adalah seperti mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan.

"Kementerian akan mencari jalan lain untuk mengurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya. "
Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009
2009-06-11

PEMBERITAHUAN DLM LAMAN WEB KPM 11 JUN 2009

Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009 telah ditunda kepada 17 Jun 2009. Harap maklum. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru.

hmmm
helooo
he he

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner