Sijik Pelajaran Malaysia menggantikan MCE yang melambangkan tahap kelulusan akademik peringkat pertengahan. nilai ekonomi siil ini mampu memberikan pekerjaan pada tahap gred sokongan di sektor kerajaan dan juga swasta. prospek untuk mencapai tingkat tertiggi masih lagi dalam lingkungan gred dan skim perkhidmatan dalam sektor awam tetapi boleh melonjak naik ke paras tertinggi dalam sektor swasta bergantung kepada kecekapan yag luar biasa.
sepanjang sejarah SPM hanya mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja yang diberikan keistimewaan. ini keraja hanya BM sahaja yang merupakan mata pelajaran tunggal wajib lulus untuk membolehkan calon dianugerahkan keputusan lulus dan mendapat sijil. mata pelajaran lain pula walaupun teras haya wajib untuk diambil sahaja dan lulus atau kredit menjadi kriteria penting untuk ke peringkat pengajian tinggi seperti maths, sains dan bahasa inngeris.
Bahasa Malaysia merupakan mata pelajaran paling penting dalam SPM. lulus dapat sijil. gagal maknanya gagal pendidikan peringkat menengah. bahkan BM menjadi lebih penting apabila tahap kelulusan sesebuah sekolah dan negeri di kira berdasarkan peratus lulus BM dalam SPM.
persoalannya kenapa mata pelajaran BM ini menjadi sedemikian penting ?
ia menentukan bukan sahaja kelanjutan pengajian ke peringkat tertiary tapi juga keupayaan memiliki sijil pendidikan peringkat menengah yang menjadi lesen ekonomi kepada semua belia ?
Dasar bahasa kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia demikian penting kerana adalah menjadi dasar utama kerajaan untuk mengutamakan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. bahasa itu jiwa bangsa. bahasa itu merangsang kepada perpaduan. bahasa itu jugalah yang menjadi platfom kepada peyatuan untuk rakyat bersatu bergerak dalam semua bidang. bahasa itulah juga yang menjadi alat komunikasi utama.
Inilah yang dinamakan sebagai memberikan NILAI EKONOMI kepada bahasa malaysia. memberikan tahap WAJIB LULUS dalam SPM. kerana hanya bila seseorang lulus BM baru dia dapat sijil SPM dan boleh menggunakan siil itu untuk mencari rezeki terutama dalam sektor awam.
begitulah pentingnya mata pelajaran BM ini kepada negara sehingga mendapat taraf dan mencapai tahap WAJIB LULUS dalam SPM. keistimewaan yang tidak diberi kepada mana-mana mata pelajaran pun selama ini.
Adakah dengan memberikan taraf yang sama kepada Bahasa Inggeris dalam SPM :
1. sama pentingnya dengan BM ?
2. apa impaknya kepada BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ?


0 comments:
Post a Comment