sometime dalam hidup ini kita perlu buat satu keputusan penting. sangat penting hingga amat sukar untuk menentukan mana satu pilihan daripada alternatif yang ada paling afdal untuk diri sendiri, pasangan, family dan kawan2.
kesukaran pemilihan options ini pastilah kerana kita mahu semua yang ada berasa gembira dan mendapat manfaat daripada keputusan penting yang akan kita buat itu. kekadang timbul konflik dalam diri apabila dalam keputusan itu akan ada yang terpaksa dikorbankan sehingga kita berada dalam dilema. bagai di telan mati emak di luah mati bapak pula tahap sukarnya.
seorang kawan pernah mengatakan, "kita sendirilah myang menentukan keembiraan untuk diri kita. Jangan sesekali peduli orang lain kata. jngan biarkan kenaifan mereka mengurangkan kegembiraan kita" kerana bak kata seorang kawan lagi, "kenapa ? apakah klo dorang mengata kita itu akan menyebabkan gaji kita kurang ?" ada rasionalnya dan terasa logiknya.
sememangnya membuat keputusan itu paling sukar. apa lagi bila keputusan yang kita ambil merupakan TITIK MULA dalam hidup kita. dalam Islam keputusan yang setara dengan HIJRAH. satu keputusan yang pastinya akan merubah hdup kita dan membawa kita ke satu tahap yang lebih baik (pada pendapat kita).
dalam membuat keptusan yang menentukan seperti ini...
apakah yang menjadi andalan dan sandaran..
diri sendiri..
pasangan..
keluarga..
kawan-kawan..
seteru..
atau...
kebaikan dan manfaat yang kita jangkakan akan kita nikmati kesan daripada perubahan itu. atau fobia akan perubahan dan takut kepada perubahan yang akan berlaku juga jangkaan keselesaan rutin yang akan hilang apabila keputusan itu kita ambil ?
namun, apabila kita berada pada satu persimpangan dengan banyak anak-anak jalan yang mengelirukan. setiap satu mempunyai keburukan. setiap satu mempunyai kebaikan. pastilah konflik dan dilema akan menjadi makanan hati, perasaan dan fikiran.
satu yang pasti...
HIJRAH atau tidak
pastikan ia satu yang bermanfaat dalam hidup. redha dengan dugaan, tabah dan sabar dengan cabaran. sebab yang pasti dalam apa pun keputusan kita; semua itu pasti akan ada juga.
Namun yang penting..
biarlah diri sendiri yang menentukan ..
apa yang paling megembirakan diri sendiri
apa yang paling baik untuk diri sendiri


0 comments:
Post a Comment