pakar cinta menyenaraikan pelbagai jenis cinta. dari seawal monyet kepada seagung laila-majnum. tidak ketinggalan cinta abadi kepada tuhan dan kasih ibu. kerecahan jenis-jenis cinta ini kadangkala menyesatkan. mana satu yang semu ? mana satu yang sejati ? itulah yang selalu menjadi pertanyaan.
mungkin jawapan kepada persoalan itu hanya satu. cinta yang berakhir dengan penyatuan. cinta yang berakhir di pentas pernikahan adalah yang sejati. manakala yang kandas tanpa mengira alasannya adalah yag semu.
inila juga yang ku fahami sekarang. inilah juga yang ku rasai. inilah juga yang ku temui.
CINTA SEMU
cinta ini bermula dengan kontraversi. bergolak ketika mula berputik. menggoncangkan dan mengejutkan semua orang. ada yang pro tidak kurang yang anti. tapi cinta tetap berjalan hingga mencecah usia 5 tahun. memang banyak yang berlaku dalam tempoh itu. personaliti yang berbeza, ego yang berbeza, dan yang ketara agama yang berbeza. pada mulanya rintangan agama di pandang sipi. kerana tanggapana wal ia akan dapat diselelsaikan bila personaliti dan ego sudah berbaur dalam tulusnya kasih dalam lestarinya matlamat penyatuan hidup.
inilah silap yang maha besar. sesungguhnya perbezaan agama inilah yangmenjadi duri sepanjang jalan. onak yang merintangi hingga luka-luka yang berlaku walau dibalut dan diubati akhirnya tetap akan mengangah dan mengalirkan bukan lagi darah tapi nanah dan kebusukan. begitu akut hingga terpaksa di potong dan dicantas.
bagaimana cinta ini berakhir ?
selepas 5 tahun berdolak dalik. berpisah dan menerima kembali yang berlaku hampir setiap bulan dalam setiap tahun di usia 5 tahunitu. akhirnya ku memutuskan satu penghujung yang tegas mesti dilakukan. walau betap sakit dan betapa kejam juga betapa jahatnya diriku akan kelihatan.
keputusannya adalah, hubungan ini putus bila tidak ada kesepakatan menjelang pemergian ku ke serdang pada 22hb disember 2008. keputusan itu telah ku nyatakan secara jelas sejak bulan oktober lagi. ku dikatakan kejam. ku terima. ku katakan itulah hujungnya. klo tidak ikutlah aku. nikah lah denga diri ku. caranya hanya itu. klo ya. ku tidak akan ke serdang sebaliknya kita nikah disember dan bina hidup rumahtangga di tahun 2009.
keputusan ini di terima dengan linangan air mata. keputusan ini diiringi sumpah seranah dan kutukan kepada diriku, kedua ibu bapaku, agamaku. namun ku tegas. itulah keputusan ku. malangnya selepas tiba hari itu, 22hb tetap seperti 5 tahun yang lalu. tetap berdolak dalik. lalu pergilah diri ku ke serdang. pergi sebagai orang baru. lelaki bujang tanpa teman wanita. pergi dengan bekal persetujuan bersasama. itulah hujung hubungan. aku dan dia ble mencari pasangan hidup baru dan berkahwin.
selepas hampir sebulan, tiba-tiba hatinya yang keras itu mencair. lebur dalam rindu dan cinta mencekam. dia akhirnya bersetuju untuk menerima diriku juga agamaku agar hajat lama berkahwin dapat dilaksanakan. ku menerima dengan syukur dan tangan terentang. masih ku ingat di awal pagi itu, kuajarkan dia membaca dua kalimah syahadah. mendengarkan kelancarannya mengucap dan kepasrahannya memasuki islam. ku menyatakan dia kini sudah islam walau secara tidak rasmi. mengucapkan tahniah dan selamat menjadi seorang islam. dia meminta ajarlah dia kerana dia tidak tahu apa-apa. kukata tanyalah dan akan ku jawab juga menasihatkan tanyalah pada rakan-rakan yang lain kerana mereka memang sudah lama mahu membantu mengajari dengan gembira. ini berita gembira. ini detik dua hati dan satu matlamat akhirnya menjadi nyata.
tidak disangka hati ikhlas itu hanya bertahan sekejap cuma. bila mentari menyinar, bahangnya mencairkan tekad malam tadi. timbul keraguan di hati dan penolakan di fikiran. keadaan tambah meruncing bilamana ku minta dia untuk mengumumkan keputusan itu kepada keluarga sekaligus meminta izin untuk melakukan conversion secara rasmi kerana itulah syarat terkini. permintaan ku di tolak dengan alasan takut mengejutkan mereka. meminta agar proses ini berjalan perlahan. ku angguk sahaja. ku desak dia mengatakan kepada anak buahnya dan bila anak buahnya menyatakan, "fikirlah masak-masak" dan juga "janganlah" maka dia pun tambah jauh dari hasrat awal. mula lah mengaju pelbagai idea seperti kahwin adat, p ja meminang dulu, tunang dulu baru convert, dan yang paling ku tidak dapat terima adalah bila dia menyatakan, "kita nikah ja dan bila sudah ku akan masuk balik kristian. bersama mu dan anak-anak. sebab ku masuk islam hanya utk bolehkan kita nikah ja"
ku melopong mendengar ini....
pada waktu itu, jelaslah sudah di hati, di fikiran dan keputusanku bahawa dia memang bukan jodoh diriku.
ku nyatakan secara terang. sampai di sini saja lah kita. izinkan ku mencari gadis lain untuk ku sunting sebagai isteri dan membina hidup baru. keputusan ini tetap jadi pukulan kepadanya. dengan linangan air mata dia akhirnya mengizinkan tapi dengan syarat jangan hebahkan hubungan kami yang sudah berakhir. juga biarlah bagi dia ruang dan masa untuk memikir dan membuat tindakan hingga menjelang bulan april. bila masa itu dia masih lagi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu keluargannya maka aku bebas untuk pergi melamar, bertunang dan menikahi gadis lain.
ku kabulkan permintaannya.
CINTA SEJATI
berakhir dengan kekecewaan bila yang dihajati tidak kesampaian. ku teruskan niatku. menyerahkan kepada Allah swt, berdoa dan beribadat. mencari secercah cahaya jodoh.
ku cari gadis lain. gadis yang memenuhi sunah dan ada kufuh dengan diriku. orangnya sudah jelas siapa. cuma perlu usaha bermati-matian untuk menyakinkan dirinya akan kesungguhan niat dan ketulusan kasihku.
akhirnya an-nur itu tiba dengan segala sifat yang diidamkan juga kufuh yang kuat ditambah dengan restu orang tua dan keluarga juga dorongan dari kawan-kawan.
akhirnya... cinta sejati muncul diiringi niat kuat dan dorongan proses melestari jodoh sebenar.
cincin risik diberi diikuti cincin tunang dan insyallah cincin nikah menjelang tiba.
Nur...
kita dijodohkan di azali...
kini di dunia fana kita bertemu..
mengikat dan memenuhi ketetapan Ilahi.
Jodoh yang asal kita lestarikan di dunia.


0 comments:
Post a Comment