Monday, May 4, 2009

the blur but sure mei

selamat hari pekerja..
kepada semua yang bekerja makan gaji utk menyara hidup sendiri dan juga keluarga. hari yang bertuah ini adalah hari untuk meraihkan jasa dan mengiktiraf peranan semua pekerja dalam membangunkan ekonomi negara n global secara keseluruhannya. tidak ada yang terkecuali.. tidak kira apa jawatan, apa tugasan apa peranan semuanya tetap mempunyai jasa dan fungsi dalam mencorakkan ekonomi secara mikro dan makro.

mei ini amat penting..
kepada diriku bulan mei ini akan menjadikan diriku seorang yang 'baru'. baru dalam ertikata mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berbeza. kedudukan ini meletakkan diriku dalam satu keadaan yang lebih bersedia, lebih bertanggungjawab, lebih berpandangan ke hadapan juga lebih matang dan menyesuaikan diri.
adakah aku sduah bersedia ????
Ya. ku sudah amat bersedia. serunya telah tiba. inilah detik dan ketikanya untuk diriku menyahut seruan untuk hidup yang lebih bermakna dan berteman. semuanya sudah tersedia baik secara material, fizikal mahupun mental. tinggal lagi keberanian tekad dan keunggulan menghadapi segala dugaan untuk kekal pada landasan niat dan janji yang telah dimaterai.
Ini yang pasti. this one is the sure matter. i am certainly go for it. without hesitation without any doubt.

Mei juga sesuatu yang blur..
kepada bulan yang penuh dugaan ini. pancarobah dan dugaan datang bagai ribut yang tak berhenti-henti. silih berganti antara taufan yang ditengahnya disinari petir dan guruh. jugah banjir kilat dan banjir besar. semua ini dugaan. semua ini cabaran yang cuba untuk menenggelamkan satu matlamat yang pasti. walau apa pun konsekuennya, satu yang jelas adalah diri ini tidak akan menyerah begitu sahaja. ribut akan digagahi, taufan akan diharungi, petir dan guruh akan di sabari, banjir juga pasti direnangi dengan tabah, cekal, sabar dan penuh kematangan. semuanya pasti akan selesai dengan berkat doa diri, pasangan juga kawan2 dengan dibekali kepercayaan dan kesabaran bersama.

marilah berdoa..
bersamaku
semoga 24hb mei
menjadi satu pengakhiran kepada misery
dan permulaan kepada happiness ever after.
amin ya rabbil alamin.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner