ibarat garis selari
saling bersama sepanjang jalan
bermula dari pangkal sama
berpenghujung di horizon infiniti
tidak pernah bertemu titik akhir
kerana hukum garis selari
memang tidak berjodoh
dari titik mula, sepanjang jalan hingga ke penghujung titik .
kalau pun garis tetap terlorek
itu kerana impian dan angan-angan
dengan dibuai indahnya pelangi hidup
yang mewarnai sepanjang lorekan garis.
inilah analogi cinta...
kisah cinta sepasang manusia
diikat oleh satu keinganan
tapi dipisahkan oleh rangkulan agama
agama yang berbeza tidak mengizinkan
dua manusia bersatu tanpa titik dan garis yang sama
ini kenyataan. ini realiti.
sakit macam mana pun
kejam macam mana pun
terima lah ia
kerana
tiap agama yang dianuti
membaluti manusia dengan beza yang tidak bertemu
dari lahir, sepanjang hidup atau semasa mati juga selepas mati.
bila diri terbelenggu
dalam rumit dan ruwetnya cinta begini
hanya toleransi dan pengorbanan agama
mampu menyatukan sepasang jasad dan roh
jika tidak
jadilah ia cinta garis selari.
bila sudah terperangkap begitu
hanya tinggal satu pilihan
mencantas perjalanan garis
meletakkan hujung
dan bermulalah dari titik mula
dengan titik yang bertemu
agar di hujung juga bertemu
dan jodoh menjadi realiti.
bila ini berlaku..
itulah qada
itulah qadar
itulah jodoh
terimalah dengan ikhlas, redha dan tawakal.


0 comments:
Post a Comment