Tuesday, March 24, 2009

humble n tolerate

kadangkala sesuatu perselisihan atau percanggahan pendapat sebenarnya amt mudah untuk dilerai. apa lagi sekiranya keadaan ini berlaku ke atas sepasang insan yang berkongsi rasa dan matlamat.
perselisishan atau pertentangan pendapat, bahkan sejauh salah faham yang berakibat fatal moleklah dilerai dalam perbincangan yang "cool". but this cool aura can only exist if the person involves in cool condition.

alangkah bagusnya sekiranya ada rasa rendah diri di dalam hati. mengaku bahawa diri membuat silap lantas meminta maaf. walau seteguh mana prinsip dan kebenaran yang dijunjung, kendurkan keadaan dengan maaf yang dipohon, just to cool the situation n d person ur r quarrel with.

bukankah lebih istimewa jika dalam keadaan itu, despite beri mimik muka masam mencuka dan bibir mencibir juga kaki menghentak atau baling membaling barang sebaliknya menghadiahkan sebuah senyum pada seulas bibir yang merkah yang pasti akan memberi sinar pada seraut wajah yang sememangnya manis dari asal. the cool aura pasti terpancar lebih sejuk dan nyaman.

akankah terlerai pertentangan jika dengan rendah hati, maaf dipohon dan diiringi dengan senyum manis juga ditambah dengan sedikit pujuk rayu yang memelas, lembut dan manja. pasti hati yang rawan dengan rajuk akan timbul suka dan rajuk yang membuak akan surut menjadi rindu dan sayang yang memuncak.

selepas itu...
pasti anda akan terkejut betapa masalah yang amat rumit itu tadi sebenarnya hanya hal sepeleh yang boleh dibincang dalam canda dan serius.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner