jam 530 pm
area masjid India, KL
berlaku satu kejadian rompakan yang agak unik, luwes dan efektif. pandang sekali macam tidak ada apa-apa tapi bila tengok 2 kali akan terlihat betapa bahaya yang akan berlaku jika ada sekecil-kecil pun perkara yang tidak kena hingga mengganggu proses kejahatan itu daripada berlangsung lancar.
dua orang gadis yang sedang bershopping sakan daripada jakel sedang berjalan keluar di kawasan masjid India dan singgggah lunch di restoran Hussein. lepas makan nasi beriyani yang sedap mereka pun p lah membayar di kaunter.
pada masa itulah kelihatan merlereka mengeluarkan dompet gemuk berisi wang dari beg kain yang mereka sandang. membayar dan memasukkan kembali dompet ke dalam beg.
lepas itu berjalan keluar dan singgah di Hari-Hari Shop utk melihat pakaian sebelum beredar ke kedai jual tudung. terus melekat d sana sibuk memili tudung sebanyak 2 kodi utk di beli. bila sudah siap dalam kira-kira 40 minit kemudian dan mahu membayar tiba-tiba gadis yang lebih tua berteria, " abangggg!!!! dompet tiada." lantas menunjukkan beg kain yang terbelah licin menegak di sebelah belakang. meninjau dari belahan yang licin itu, tentulah pisau yang digunakan amat tajam seperti pisau cukur.
mereka lantas membelek beg itu yang berisi banyak barang berharga lain seperti 2 buah telefon dan sebagainya. khuatir barang lain ikut tercicir jatuh sebab belahan beg yang begitu panjang. anehnya hanya dompet sahaja yang hilang.
terus kesimpulan dibuat, gadis itu telah dirompak.
jahatnya perompak itu, mensasar kepada gadis polos yang lugu. nasip baik juga kepakarannya merompak sudah mencapai tahap prima dan lihai hingga mampu menoreh beg tanpa mencederakan orang yang dirompak. atau menyebabkan gadis itu sedar dan pasti ia akan membuat perompak itu panik dan lebih nekad lagi dalam tindakannya.
walau hilang dompet yang berisi segala wang dan dokumen penting amat tidak menyenangkan hari itu dan hari-hari kemudiannya kerana terpaksa lagi berhadapan dengan segala tetek benget biriraksi untuk mengganti dokumen yang hilang tapi sejuta syukur tetap di hati kerana keselamatan dan nyawa berjuta kali lebih penting dan disayangi.
gambar di bawah adalah situasi d balai polis dang wangi sewaktu report polis di buat.
juga keadaan beg yang ditoreh dengan lhai oleh perompak itu.
so next time shopping pastikan :
1. simpan beg di hadapan badan
2. beri dompet kepada ang utk di pegang
3. sentiada lah jalan bergandingan dengan abng



0 comments:
Post a Comment