Monday, March 23, 2009

budi bersantun bahasa bersopan

bahasa adalah alat komunikasi yang paling asas dan paling berkesan
komunikasi adalah mesej yang disampaikan oleh penyampai kepada penerima dan mesej ini dapat difahami megikut kod budaya, sosial, agama dan sebagainya sehingga memungkinkan penerima tadi memberikan maklum balas sepatutnya kepada pengirim mesej. justeru di sini dapat dilihat betapa bahasa itu memainkan peranan yang penting dalam komunikasi.

sesuatu komunikasi atau mesej yang diampaikan boleh terdiri daripada pelbagai jenis. sama ada ia mesej yang berisi dengan ideologi, falsafah, pertuturan, ataupun berisi dengan emosi seperti marah, sinis, mesra dan sebagainya.

rahsia komunikasi berkesan adalah pada kejelesan dan lengkap tidaknya mesej itu untuk ditafsir oleh penerima merentasi kod budaya, sosial dan sebagainya lagi. sekiranyanya maklumat yang disampaikan tidak lengkap atau ditafsir berbeza maka sudah pastilah akan timbul kekeliruan dan lebih buruk lagi prasangka, prejudis dan salah faham.

apa yang menjadi masalahnya adalah untuk memecahkan kod-kod yang tersimpan di dalam mesej komunikasi itu tadi. ini kerana kod itu mungkin difahami dalam kelompok tertentu sahaja dan tidak jelas kepada kelompok yang lain. oleh itu penjelesan atau cara penyampaian mesej kepada pihak ini perlu menggunakan pendekatan berbeza.

satu contoh palig jelas adalah apabila kita tidak mahu memberitahu sesuatu kepada orang lain. mungkin kerana subjek itu adalah rahsia ataupun bersifat peribadi seperti "family matters" yang tidak sesuai untuk didedahkan kepada "orang luar" bahkan kepada kekasih sendiri hehe.
kadangkala bila menyangkut benda begini, tiada mesej yang diutarakan yang merujuk kepada "keengganan" untuk memberitahu itu. diam. bungkam. itulah reaksi yang selalu timbul.
inilah yang dipanggik sebagai kod atau batasan komunikasi yang merencatkan penyampian maksud. apalah salahnya kan jika menggunakan bahasa yang lebih berlapis untuk memberitahu 'keengganan' ini. mungkin perkataan 'family matters' 'rahsia' dan sebagainya lagi lebih halus dan boleh difahami oleh penerima mesej. sebab bila keluar kata-kata begitu kodnya adalah jangan tanya dan jangan ambil tahu.

bukankah segala masalah akan lebih jelas dan dapat dihindarkan dengan bahasa bersantun yang berterus terang begitu.
that why kita panggil bahasa itu indah

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner