Thursday, January 29, 2009

the problem ?

Tajuk kajian :
Implikasi 6 Tahun Perlaksanaan PPSMI di Sekolah Rendah terhadap penguasaan Istilah Sains dalam Bahasa Melayu.
(macam tergantung ja ayat nie... hmmm)
- mana yang kurang ah..

selepas bepenat lelah seharian menyiapkan instrumen & item soalan kajian...
tiba2 rasa macam tdak cocok.
ada sesuatu yang janggal.

Permasalahan kajian :
adakah pelajar tingkatan 1 2009 masih lagi menguasai istilah sains dalam bahasa melayu setelah 6 tahun diajar sains dengan menggunakan bahasa inggeris ?

hipotesis kajian:
H0 :pelajar tingkatan 1 tidak menguasai istilah sains dalam bahasa melayu sebab didedahkan sepenuhnya dengan pengajaran sains dalam bahasa inggeris.

H1: pelajar tingkatan 1 masih lagi menguasai istilah sains dalam bahasa melayu walaupun subjek sains telah diajar sepenuhnya menggunakan bahasa inggeris.

instumen kajian :
1. ujian bertulis istilah sains (pra & Post)
2. pemerhatian P&P guru semasa mengajar sains dalam makmal
3. temuramah dengan guru mata pelajaran sains
4. temuramah dengan pelajar

Item soalan :
di sinilah mula masalah timbul.
u see :
1. pelajar tingkatan 1 memulakan sesi pembelajaran dengan belajar modul OPSME
2. OPSME ajar bahasa inggeris yang digunakan dalam sains bukan istilah sains sepenuhnya
3. tidak wajar menguji penguasaan istilah sains kepada pelajar jika mereka belum didedahkan dengan p&P sains tingkatan 1

so, pada mulanya...
idea ubahsuai item soalan adalah menggunakan istilah yang diajar dalam OPSME namun selepas diteliti ada 72 perkataan dan hampir semuanya lebih berbentuk kata kerja, kata nama & pengimbuhan kata dalam bahasa inggeris utk memudahkan pelajar memahami dan membuat ayat bila menjawab soalan sains kelak. memang ada istilah sains tetapi sikit sahaja.

so masalah mula timbul...
1. bolehkah perkataan dalm opsme mewakili terma istilah sains ?
2. opsme hanya diajar sebulan sahaja kepada pelajar..ia lebih kepada language not science content...
3. macam lari dari tajuk kajian pula...

Tapi item soalan sudah siap
waaaaaa penat buat ohhhhh

bukankah lebih wajar.....
(baru erfikir ini sekarang)

why not ambik sahaja istilah sains yang telah diajar di sekolah rendah dan di uji kepada pelajar tingkatan 1.
rasional :
1. tajuk kajian "implikasi 6 tahun perlaksaan ppsmi di sekolah rendah" merujuk kepada pendedahan mereka dalam subjek sains semasa di sekolah rendah
2. barulah dapat jawab soalan kajian,"adakah mereka masih menguasai istilah sains dalam bahasa melayu"

he he he
dun now mana satu yang mo pilih..
tapi klo pilih seklah rendah...
...kena cari buku glosary istilah sains tahun 1-tahun6
...kena cari & study lagi SP & HSP sains tahun 1-tahun6
...kena buat lagi balik soalan kajian...waaaa ni yg tak sangup
... tidak sudah relevan instrumen kajian pemerhatian P&P dalam makmal

lagi masalah tiba2 ku pula sangsi..
WHAT IS ISTILAH SAINS actually....

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner