Monday, August 31, 2009

MERDEKA : antara pengisian vs perjuangan

merdeka..
bebas dari segala penjajahan bangsa luar
itu pengertian merdeka asalnya
membebaskan diri daripada kolonianlisme
mempunyai negara sendiri, memerintah sendiri
menegakkan undang-undang sendiri
ada sempadan negara atas tanah, atas udara, atas air

bila sdh merdeka
barulah pengisian kemerdekaan diperjuangkan
kali ini bukan lagi membebaskan diri dari kolonialism
perjuangan seterusnya lebih bersifat abstrak
ekonomi, mental, kepercayaan, integriti, budaya, bahasa
sebab itu semualah yang menjadi tiang seri kemerdekaan
buat apa berkeringat darah
buat apa menyabung nyawa
klo hanya dapat kerajaan merdeka
tapi yang lain tetap dijajah !
sebab itu, perjuangan selepas merdeka
sebenarnya lebih sukar dan lama

kota rom tidak dibina dalam masa sehari
membina dan memantapkan jati diri
melahirkan negara bangsa sendiri
memerlukan
lebih dari keringat dan darah
kali ini senjatanya
ekonomi, intelektualisme, budaya, agama, bahasa, kesenian

BETULKAH KITA SUDAH MERDEKA ?
ADAKAH PERJUANGAN MENGISI KEMERDEKAAN LANCAR ?
jawapannya saya utarakan dalam satu analogi
bertajuk 360

360..
satu terbitan dokumentari berinti kritikan
sarat dgn kupasan n pendedahan sosial
kadangkala ekonomi, budaya dan sebagainya
dihoskan oleh pengacara berani
mazitul ahmad sidek

pagi ini dalam siaran awal pagi tv3
siaran langsung di pagi hari kemerdekaan, mazidul n rakannya mengungkapkan isu erti kemerdekaan. lantas menjemput penonton untuk menelefon untuk berkongsi pengalaman dan maksud kemerdekaan agi mereka.
satu yang menarik, bla seorang penonton membidas mengenai penggunaan tajuk 360 yang dihoskan oleh mazidul.
beliau berkata, kenapa bunyi 360 itu three sixty bukan tiga enam kosong ? bukankah bahasa melayu itu lebih mengisi kemerdekaan he he.
mendengar komen ini, terus tersenyum dalam hati..
namun senyum jadi buram bilamana mazidul dgn angkuhnya bertanya, fahamkah maksud 360 dlm bi atau bm ?
baik saya akan terangkan sekejap agi lantas talian putus...
mazidul kemudian menerangkan dengan tegas,..
360 (three sixty) dipilih kerana maksudnya. ia boleh jadi apa saja atau berlawanan dan sebagainya. sebab itu pilih tajuk itu. beliau kemudiannya dgn penuh lagak mengatakan, kami sudah fikir sedalam-dalamnya sebelum memilih tajuk ini !!

angkuhnya..
anak merdeka ini
dalam stesen penyiaran paling popular negara malaysia yg merdeka
negara merdeka yg lahir dengan perlembagaan malaysia
perlembagaan yg dgn penuh terang memperuntukkan Perkara 153
berkenaan bahasa rasmi dan kebangsaan
cukup tegas hingga perkara ini tdk boleh dipinda tnpa skngn 2/3 dewan
juga perkenan daripada YDp Agong n raja-raja melayu
juga salah satu daripada perkara sensitif yg tdk boleh diungkit apa lagi dipertikai
tujuannya agar malaysia ada jati diri sebagai negara bangsa yg merdeka
langkah pertama membebas diri dari cengkaman penjajahan minda n budaya

adakah aspirasi perjuangan mengisi kemerdekaan sdh berjaya ?
bukankah kita masih lagi dijajah ?

54 tahun merdeka..
kita masih lagi belum jadi negara bangsa
belum lagi merdeka
tapi bertempik bersorak merdeka merdeka
bahkan dgn bongkak berani mengatakan begini..
360 (three sixty) bukan atas dasar bahasa tapi maksudnya..

ha ha a ha ha
ho ho hoho

360 dari segi bahasa n linguistik
tetap 360 yang membawa maksud nombor
menandakan bilangan.
bila cakap 360 sebagai lambang 'apa saja boleh jadi'
itu bukan bahasa
itu bahasa budaya
budaya apa ?
budaya melayu yg cakap begitu
jadi maksudnya (three sixty)
berbunyi inggeris tapi bermaksud perlambangan
lambang bahasa budaya malaysia

klo begitu kenapa pla bunyi diinggeriskan ?
merdeka ?
kah kah kah kah

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner