Tuesday, August 25, 2009

KARTIKA


membaca tajuk post ini terkenang buku karya novel bersiri fredy s dgn judul yg sama.
KARTIKA
gadis polos dari kampung yang lugu. datang ke kota mencari suaminya. malang suami itu telah jadi ketua mafia yg bkn saja berjaya tapi juga amat kejam. beliau dgn sadis tegah mengarahkan anak buahnya utk merogol isterinya bergilir2 sebelum ditinggal utk mati.
Kartika bernasip baik. beliau terselamat lantas mula menanam tekad dan berusaha utk membalas kebejatan suaminya itu. berdasar motif kuat ini maka plot cerita berkembang dgn siri pembalasan dendam kartika (yang sduah berubah personaliti).

KARTIKA dunia sebenar..
anak gadis pahang yang telah dicekup oleh penguatkuasa jabatan agama negeri kerana meminum arak di pusat hiburan malam. gadis berkulit hitam manis ini kemudiannya dibicarakan lalu disabitkan kesalahan meminum arak d tempat awam lantas diatuhkan hukuman denda dan sebat.
SEBAT !!!!! terus hukuman ini menjadi berita sensasi dan menjadikan kartika umpama selebriti. apatah lagi apabila kartika selepas dijatuhkan hukuman tersebut telah menunjukkan KERELAAN menerima hukuman kerana telah INSAF atas perbuatannya.

malangnya keinsafan dan kerelaan kartika menerima hukuman kontraversi ini mula menimbulkan polemik. buat perhatian, inilah kali pertama hukuman sebat ini dijatuhkan dan akan dilaksanakan ke atas pesalah perempuan.
pelbagai pihak mula memberikan respon. dari setinggi ketua agama islam negeri iaitu tengku mohkota pahang hinggalah kepada ketua eksekutif negara YAB PM, juga menteri hal ehwal wanita datuk paduka Sharizat telah memberikan pandangan masing2.

tarikh pelaksanaan hukuma sebat ditetapkan pada isnin, 24hb ogos 2009.
sepatutnya kisah penuh tauladan ini berakhir kelmarin. menjunjung perintah dan hukuman makamah juga menghormati keinsafan dan kerelaan kartika sendiri menerima hukuman. malangnya kisah bertukar drama apabila semua yang sudah dirancang tidak berlaku. hanya babak drama menjadi tontonan apabila van pejabat agama berisi kartika dan penguatkuasa berpatah balik selepas 200m meninggalkan rumah. puncak drama apabila kartika enggan turun dari van dan berkeras dibawa menjalani hukuman sebat semanetara ayahnya pula enggan menerima kartika selagi dosanya belum dihapus dengan hukuman yang telah dijatuhkan mahkamah syariah.
Alasan penundaan - menghormati bulan Ramadhan.

meninjau semua plot kisah tersebut..
terbersit di fikiran..
betulkah hukuman akan tetap dilaksanakan ?
dengan imej negara dan nama baik agama islam menjadi taruhan..
akankah pentadbir agama tertinggi peringkat negeri dan pentadbir negara persekutuan berjaya mencapai kata sepakat..
melonggarkan sabitan hitam atas putih yang telah diwar-war.

(untuk perhatian : hukuman sebat syariah tidak sama dengan hukuman sebat jenayah sivil. bagi sebat syariah, rotannya amat kecil dan daya ukulannya juga amat perlahan. bahkan semasa melaksanakan hukuman pelaksana yang menghayun rotan tidak boleh mengangkat tangan. lengan mesti rapat dibadan hanya tangan dari siku ke jari yang bergerak menghayun rotan)

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner