PPSMI telah diperkenalkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1993. Alasan yang diberikan adalah penguasaan bahasa Ingeris penting dalam memajukan diri, bangsa dan negara terutama dalam mengharungi era globalisasi sekarang. Pada tahun itu juga kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PPSMI peringkat perintis di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi. Semua ini dibuat agar generasi muda Malaysia kelak mahir bertutur, menulis dan berfikir dalam bahasa Ingeris seterusnya dapat mengakses illmu pengetahuan yang akan menjadikan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia. Selepas 6 tahun perlaksanaan, para pelajar tingaktan 1, 2009 merupakan produk pertama hasil PPSMI sepenuhnya, mereka adalah generasi pertama tahun 1 yang memulakan PPSMI di sekolah rendah pada tahun 1993 dahulu. Justeru golongan inilah sebenarnya yang menjadi kunci jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai impak PPSMI.
Pengenalan PPSMI dirasakan amat perlu pada masa itu memandangkan kerajaan amat kecewa dengan mutu penguasaaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat walaupun mereka berpelajaran tinggi. Kekurangan ini menjadi duri dalam daging kepada proses peningkatan profesionalisme dan kerjaya rakyat terutama bila bersaing di peringkat global. Justeru ada berpendapat, mutu bahasa Inggeris yang lemah di kalangan para pelajar perlu ditangani sejak di peringkat paling asas pendidikan. Adalah menghairankan selepas 12 tahun menerima pendidikan, para pelajar yang sepatutnya mempunyai tahap kemahiran secukupnya dalam bahasa Inggeris rupan-rupanya masih mengalami masalah bahasa Inggeris apabila memasuki universiti dan juga selepas keluar universiti (Sham Sani,1995). Untuk membentdung masalah ini, langkah awal telah di ambil oleh peneraju negara dengan pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.
Namun pengajaran dan pembelajaran sains adalah suatu proses yang kompleks yang melibatkan pembinaan makna dalam usaha mereka untuk memahami perkara yang diajar. Masalah dan kesukaran timbul bukan sahaja dari simbol yang digunakan bagi mewakili konsep, tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai, terutama perkataan teknikal dan bukan teknikal. Dalam aspek inilah PPSMI dilihat sebagai sesuatu yang pincang dan seterusnya akan menyebabkan tiang seri bahasa Malaysia runtuh satu masa kelak.
Masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar secara keseluruhannya menjadi satu isu dan cabaran maha besar yang perlu ditangani dengan bijaksana. Kepincangan ini boleh diatasi dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan yang telah dijalankan oleh KPM seperti mengintergrasikan pengajaran sains dan matematik dengan ICT sepenuhnya, memberikan latihan bahasa Inggeris berterusan kepada guru, memberikan elaun khas kepada guru dan membealkan pelbagai bahan bantu mengajar kepada para pelajar.
Cuma masalah yang timbul secara langsung kepada bahasa Malaysia itu sendiri yang tidak mungkin dapat ditangkis secara fiskal begitu. Ini kerana bahasa adalah alat sosial yang juga menjadi medium penyampaian dan pelestrarian ilmu pengetahuan. Apatah lagi bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di negara ini. Segala usaha memantapkan nilai ekonomi, nilai sosial, nilai ilmu dan pemartabatan bahasa Malaysia akan berkurang akibat daripada pengenalan dan pengamalan PPSMI.
Kesan paling ketara adalah kepupusan istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa Malaysia yang selama ini telah dimantap dan diguna pakai sejak 30 tahun yang lalu. Istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa Malaysia ini tidak lagi menjadi relevan dalam era PPSMI. Justeru, para guru tidak akan menggunakan istilah ini dalan pengajaran mereka di dalam kelas. Akibatnya para pelajar akan hilang satu elemen penting dalam pemerolehan dan pengajaran bahasa Malaysia iaitu kumpulan istilah sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. Mereka sebaliknya hanya tahu dan menggunakan istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Senario ini pada akhirnya membawa kepada kepupusan istilah sains dan matematik dalam bahasa Malaysia itu sendiri. Inilah sebenarnya akibat langsung daripada perlaksanaan PPSMI


0 comments:
Post a Comment