"Fatwah adalah satu pandangan atau ketetapan hukum yang dibuat oleh golongan arif dan berautoriti dalam agama mengenai satu-satu isu yang kurang jelas (kurang jelas bermaksud tidak ada dinyatakan isu itu secara spesifik dalam al-quran dan hadith)"
Baru baru ini Majlis fatwah Kebangsaan mengeluarkan fatwah menyatakan bahawa amalan yoga adalah haram kepada penganut agama Islam.Jakim menjelaskan bahawa yoga kurang sesuai untuk diamalkan oleh umat Islam keran mempunyai elemen-elemen ketuhanan yang berkaitan dengan Hinduisme. jussteru, orang Islam di negara ini di sarankan agar tidak mengamalkan Yoga.
Well, sekali fatwah keluar, ia seakan letusan bom pengganas.
semua kelam kabut.
semua orang mahu beri pendapat. yang pakar, yang fadhil, yang mungkar, yang naif, yang tidak tau apa-apa semua tiba-tiba lebih pandai daripada ulama-ulama dalam majlis fatwah.
kecelaruan yang timbul menyebabkan Pak Lah sendiri tampil memberikan nasihat dan memohon kepada umat Islam agar memahami fatwah yang dikeluarkan.
Hari ini, isu bicarawara RTM 1 telah mengambil inisiatif mengetengahkan isu fatwah pengharaman Yoga ini dengan menjemput KPP Jakim dan ilmuwan agama bersama dengan pandangan daripada pengamal Yoga serta orang ramai yang turut diudarakan.
mendengar isu dibincangkan, melihat ketenangan panel menjawab, berkongsi perasaan terkejut pengamal yoga dan memahami sudut pandang masayarakat bukan islam: membuat diri agak memahami kenapa yoga itu diharamkan.
sepertimana kata presiden pengamal Yoga malaysia, yoga di negara ini tidak mempunyai elemen hinduisme tetapi ditegaska oleh KPP Jakim, peringkat yoga pada mulanya memang tidak menjurus kpd hinduisme tetapi pada peringkat2 seterusnya dari aspek spiritual elemen hiduisme akan meresap dalam diri hingga tidak disedari oleh pengamal dan pada ketika inilah aqidah mungkin akan terpesong...
satu yang menarik adalah kenyataan bahawa fatwah itu mengharamkan yoga kepada umat islam tapi tidak menghalang orang bukan islam untuk mengamalkannya. dalam kata lain yoga tidak disekat "banned". tapi "limited" kpd bukan islam saja. justeru orng bukan islam tidak perlu khuatir kerana ia tidak akan memberikan impak kepada mereka sebenarnya.
cuma ada satu ganjalan di hati...
melihat kepada begitu banyak respon sms daripada masyarakat yang kebanyakannya orang islam..
heran lebih ramai yang bijak rupanya daripada alm ulama...
tiba-tiba teringat..
"bila orang jahil mula bercakap mengenai hukum....itu tandanya...?"


0 comments:
Post a Comment