Wednesday, December 3, 2008

my farther Transfer Gift

Ini adalah poster hadiah perpisahan daripada SMK Tamparuli kepada En. Bongkihoi Aji sempena perpindahannya ke SK Bawang pada tahun 2007.
Hadiah ini ditaja sepenuhnya oleh Pn. Raineh Anting PK HEM di sekolah berkenaan.
selepas 34 tahun berkhidmat di SMKT, tempat beliau memulakan sejarah perkhidmatannya sebagai penjawat awam, akhirnya beliau diarah untuk berpindah 3 tahun sebelum beliau bersara ke tempat lain. semuanya atas dasar dan polisi baru.



saya menghantar beliau meninjau tempat bertugas barunya dan turut meghantar beliau untuk melapor diri dan kemudiannya ke tempat kerja setiap pagi mulai saat itu.
pada ketika mula-mula meninjau beliau agak sedih dan bilamana tiba masa melapor diri saya dapat merasakan keheningan dan kesedihan yang beliau rasakan meninggalkan SMKT juga dapat merasai keterasingan dan keganjalan yang timbul bila melapor diri untuk bertugas di tempat baru di masa-masa penghujung karier.

walau apa pun, selepas memulakan khidmatnya di SK Bawang, bapa telah dapat menyesuaikan diri dengan cukup baik. kini kegembiraan sudah mula terpancar di wajahnya tiap kali berangkat ke tempat kerja.
sebenarnya pertukaran suasana kerja ini amat bagus untuknya kerana beban kerja dan masa kerja yang lebih senang di tempat baru berbanding di smkt.

cukup menyedihka juga sebenarnya apabila beliau yang bersama isterinya bertugas sekian lama di smkt akhirnya dipisahkan pada saat-saat menjelang persaraan.cabaran dan kesedihan ketika itu menjadi datu dugaan besar yang akhirnya selamat dijalani ole mereka dengan jayanya.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner