Sunday, November 30, 2008

A nightmare


pernahkan anda mendapat mimpi buruk atau mimpi ngeri
satu igauan perasaan yang dialami taktala sedang tidur
perasaan yang pada akhirnya mengalahkan keenakan tidur
membangunkan anda dari buaian lena tidur yang mengasyikkan
terus terjaga dengan satu perasaan ngeri, takut, cemas dan berdebar

apa yang pertama anda fikirkan ketika terbangun ?
mengingat kembali mimpi ngeri tadi hingga ke detail..
terus mengaitkan plot mimpi dengan babak-babak sebenar
dalam hidup anda yang realiti...

bila ini anda lakukan...
akankah terasa mimpi itu sebagai satu realiti juga..
atau menganggap ia adalah hasil satu petanda
kepada apa yang akan berlaku pada masa hadapan
jika anda teruskan apa yang berkaitan dengan mimpi itu tadi
dalam hidup yang sebenar.

sekiranya anda sedang melakukan istiqarah..
akan kah mimpi buruk itu menjadi satu pedoman
yag diturunkan kepada diri...

sekiranya ada tidur biasa dengan iringan doa tidur
ditambah doa dari insan yang sentiasa mendoakan anda
juga segunung perasaan suka dan bahagia
yang didapati dari insan tersayang sebelum tidur
apakah mimpi anda itu juga satu pedoman ?

mimpi adalah satu misteri..
mistik mimpi hanya mampu dirungkai dalam ilmu pentafsiran
yang hanya dikuasai oleh segelintir orang sahaja.
mimpi kemungkinan adalah perasaan bawah sedar yang terbentuk
lalu berkembang menjadi satu realiti maya di alam bawah sedar
yang berlaku ketika manusia sedang tidur.
adakah ini bermaksud ketika anda tidur minda yang sepatutnya
berhenti berkerja terus berputar bekerja hingga mampu menghasilkan
satu melodrama atau kengerian bayangan dalam fikiran.

kenapa hanya mimpi ngeri ?
yang mampu membangunkan anda dari tidur lena dan membuat anda kemudiannya mentafsir dan mengambil tindakan yang kadagkala tidak logik. lupa pada janji. lupa pada kekuatan diri sendiri yang sebelumnya anda bangga-banggakan.
kenapa tidak mimpi bahagia ?
menghasilkan tindakan dan reaksi yang sama dari diri anda.

pada ku, mimpi itu jarang berlaku..
mungkin kerana mimpi itu ku reka sebelum tidur
jadi diri yang menguasai mimpi apa yang dimahukan.
mimpi ngeri hanya berlaku bila kengerian terbangun diawal pagi lantas terus merisaukan pasal mimpi ngeri orang lain hingga tidak dapat tidur dan cemas dan takut..

hmmm mungkin begini rasanya mimpi ngeri..

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner