Wednesday, November 26, 2008

ambuyat ambuyat..

hari ini tiba-tiba nak makan makanan terkenal orang papar
cakap papar terus ingat kueh cincin dan ambuyat..

kueh cincin mungkin ada di mana sahaja di negeri sabah
selepas dikomersialkan kueh ini senang didapati
tapi tidak sama rasa dan ranggupnya dengan tempat asal kueh
justeru kueh cincin yang dimasak orang papar tetap jadi buruan..

ambuyat ?
sejenis makanan tradisi orang brunei papar
dimasak menggunakan sagu dan mempunyai kuah
macam sate cara makannya..
cuma beza ambuyat diambil dengan lidi dan dipilin-pilin hingaa penuh hujung lidi
kemudian cicahkan ke dalam kuahnya
barulah masukkan ke dalam mulut..
kalau tidak pandai memilin ambuyat maka sampai tua pun tidak dapat makan ambuyat hehe

syukur malam tadi sampai juga kueh cincin..
cuma ambuyat ini masih belum dapat dirasa..
bahannya sudah ada..
masakknya belum..
jadi kena sbarlah dulu kan he he

1 comments:

DAI said...

kalo x pandai makan, jgn tembirang2....

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner