Sunday, May 2, 2010

BAB EMPAT (terpelihara)

ANALISIS DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN



4.1 Pengenalan

Analisis dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Bahagian satu bab ini melaporkan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian. Penyelidik menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan skor min dan sisihan lazim.

Skor Min Terkumpul (SMT) diperoleh berdasarkan Skala Likert lima poin dengan berbantukan komputer menggunakan pakej SPSS versi 11.5 dalam penganalisisan data. Skor min yang diperoleh dikumpulkan kepada empat kategori berdasarkan min skor sebenar untuk tujuan interpretasi data seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.1 di bawah.

Bahagian dua bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan hipotesis-hipotesis kajian dengan menggunakan analisis statistik inferensi melibatkan analisis ujian korelasi Phearson - r. Dapatan kajian disusun berdasarkan hipotesis-hipotesis kajian.



Jadual 4.1.1:
Interpretasi Persepsi Pelajar Berdasarkan Jadual SMT

SMT TAHAP
PERSEPSI PELAJAR F [%]
N = 75 Pernyataan
1.00 - 1.75 SANGAT RENDAH 1[1%] Persepsi sangat rendah tentang kemampuan BM sebagai bahasa ilmu bidang sains dan matematik
1.76 - 2.50 RENDAH 23[31%] Persepsi adalah rendah tentang kemampuan BM sebagai bahasa ilmu bidang sains dan matematik
2.51 - 3.25 TINGGI 47[63%] Persepsi adalah tinggi tentang kemampuan BM sebagai bahasa ilmu bidang sains dan matematik
3.26 - 4.00 SANGAT TINGGI 4[5%] Persepsi sangat tinggi tentang kemampuan BM sebagai bahasa ilmu bidang sains dan matematik



4.2 Profil Responden


4.2.1 Profil Responden

Jadual 4.2.1 di bawah menunjukkan profil responden mengikut jantina. Responden perempuan dan lelaki mempunyai bilangan responden yang seimbang, iaitu seramai 39 orang pelajar atau 52 peratus berbanding responden lelaki seramai 36 orang atau 48 peratus.

Jadual 4.2.1: Analisis Responden Mengikut Jantina

JANTINA F PERATUS
Lelaki 36 48.0
Perempuan 39 52.0
JUMLAH 75 100.0



Jadual 4.2.2 di bawah menunjukkan profil responden mengikut kelas. Seramai 15 responden atau 20 % pelajar dipilih daripada lima kelas yang berbeza, iaitu kelas Muzik, kelas Bahasa Arab, kelas Bahasa Dusun, kelas Biasa dan kelas Bahasa Cina.


Jadual 4.2.2: Analisis Responden Mengikut Kelas

KELAS F PERATUS
MUZIK 15 20.0
BAHASA ARAB 15 20.0
BAHASA DUSUN 15 20.0
BIASA 15 20.0
BAHASA CINA 15 20.0
JUMLAH 75 100.0



Jadual 4.2.3 di bawah menunjukkan profil responden mengikut bangsa. Seramai 42 responden atau 56 % pelajar adalah dari bangsa Kadazan-Dusun, 14 responden 18.7 % bangsa Bajau, 11 responden 14.7 % adalah bangsa Cina, lima responden 6.7 % adalah bangsa peranakan Cina- Dusun atau Sino, manakala hanya tiga responden atau 4 % daripada lain-lain bangsa.


Jadual 4.2.3: Analisis Responden Mengikut Bangsa

BANGSA F PERATUS
KADAZAN-DUSUN 42 56.0
BAJAU 14 18.7
CINA 11 14.7
SINO 5 6.7
LAIN-LAIN 3 4.0
JUMLAH 75 100.0



Jadual 4.2.4 di bawah menunjukkan profil responden mengikut jenis sekolah. Seramai 42 responden atau 56 % pelajar dipilih daripada Sekolah Pekan, 24 responden 32 % daripada Sekolah Pedalaman dan hanya 9 responden 12 % mewakili Sekolah Pinggir Pekan.



Jadual 4.2.4: Analisis Responden Mengikut Jenis Sekolah

JENIS SEKOLAH F PERATUS
SEKOLAH PEKAN 42 56.0
SEKOLAH PINGGIR PEKAN 9 12.0
SEKOLAH PEDALAMAN 24 32.0
JUMLAH 75 100.0




Jadual 4.2.5 di bawah menunjukkan profil responden mengikut kecekapan. Seramai 48 responden 64 % mempunyai kecekapan yang sederhana, 15 responden atau 20 % mempunyai kecekapan yang baik, 11 responden 14.7 % mempunyai kecekapan kurang baik, dan hanya seorang responden 1.3 % yang mempunyai kecekapan yang amat baik.


Jadual 4.2.5: Analisis Responden Mengikut Kecekapan

TAHAP KECEKAPAN F PERATUS
Amat Baik 1 1.3
Baik 15 20.0
Sederhana 48 64.0
Kurang Baik 11 14.7
JUMLAH 75 100.0



4.3 ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan dapatan analisis data secara deskriptif yang disusun berdasarkan objektif kajian .
4.3.1 Tahap Penguasaan Istilah Sains Dalam BM

Jadual 4.3.1.1: Skor Pelajar Berdasarkan Keseluruhan Ujian

SKOR PELAJAR F PERATUS
10.00 1 1.3
15.00 1 1.3
20.00 2 2.7
25.00 7 9.3
30.00 9 12.0
35.00 10 13.3
40.00 7 9.3
45.00 9 12.0
50.00 7 9.3
55.00 6 8.0
65.00 4 5.3
70.00 2 2.7
75.00 2 2.7
80.00 2 2.7
90.00 4 5.3
95.00 2 2.7
JUMLAH 75 100.0


Jadual 4.3.1 di atas menunjukkan tahap penguasaan istilah BI dalam BM dalam kalangan pelajar secara keseluruhan. Jadual 4.3.2 di bawah digunakan sebagai panduan menginterpretasi tahap penguasaan pelajar secara keseluruhan. Seramai enam pelajar mencapai tahap cemerlang, enam pelajar lagi mencapai tahap baik, empat pelajar pada tahap sederhana manakala hanya 13 pada tahap lulus berbanding 35 pelajar yang gagal dan 11 pelajar tahap teruk.
Jadual 4.3.1.2:
Interpretasi Persepsi Pelajar Berdasarkan Skor Markah Pelajar

MARKAH GRED TAHAP PENGUASAAN ISTILAH
86 - 100 A CEMERLANG
66- 85 B BAIK
56 - 65 C SEDERHANA
46 - 55 D LULUS
26 - 45 E GAGAL
0 - 25 F TERUK

Rajah 4.3.1.3 di bawah menunjukkan skor min ujian mengikut kelas secara perbandingan. Sebanyak lima kelas yang terlibat dalam kajian ini dengan sampel sebanyak 15 orang pelajar, keseluruhan sampel n = 75. Tiga jenis ujian ditadbirkan kepada pelajar , ujian Serapan, ujian Pinjam Terjemah dan ujian Radas Sains.
Kelas yang mencapai skor min paling tinggi secara keseluruhan adalah Kelas Bahasa Dusun dengan skor min antara 5.67 -8.90, diikuti Kelas Bahasa Arab dengan skor min di antara 4.40 – 7.73, Kelas Muzik dengan skor min di antara 3.40 – 7.73, kelas Biasa dengan skor min antara 4.7 hingga 6.93, dan kelas Bahasa Cina dengan skor min antara 4.5 – 6.33.






Rajah 4.3.1.3: Skor Min Ujian Mengikut Kelas

Rajah 4.3.1.4 di bawah menunjukkan skor min ujian mengikut jenis sekolah secara perbandingan. Sebanyak tiga jenis sekolah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu Sekolah Pekan, Pinggir Pekan dan Sekolah Pedalaman dengan sampel keseluruhan sampel n = 75. Tiga jenis ujian ditadbirkan kepada pelajar di tiga jenis sekolah ini, ujian Serapan, ujian Pinjam Terjemah dan ujian Radas Sains.
Jenis sekolah yang mencapai skor min paling tinggi secara keseluruhan adalah Sekolah Pekan dengan skor min antara 6.40 - 8.07, diikuti Sekolah Pedalaman dengan skor min di antara 5.04 – 7.37, dan Sekolah pinggir Pekan dengan skor min di antara 5.22 – 7.00.

Rajah 4.3.1.4: Skor Min Ujian Mengikut Jenis Sekolah

Rajah 4.3.1.5 di bawah menunjukkan skor min ujian mengikut bangsa secara perbandingan. Sebanyak lima bangsa yang terlibat dalam kajian ini dengan sampel keseluruhan sampel n = 75. Tiga jenis ujian ditadbirkan kepada pelajar mengikut bangsa iaitu , ujian Serapan, ujian Pinjam Terjemah dan ujian Radas Sains.
Bangsa yang mencapai skor min paling tinggi secara keseluruhan adalah Kadazan- Dusun dengan skor min antara 5.73 -7.80, diikuti Bangsa Cina dengan skor min di antara 5.72 - 8.72 , Sino dengan skor min di antara 6.60 – 6.80, Bangsa Bajau dengan skor min antara 6.21 hingga 7.00 , dan lain-lain bangsa dengan skor min antara 4.00 – 6.33.


Rajah 4.3.1.5: Skor Min Ujian Mengikut Bangsa

Rajah 4.3.1.6 di bawah menunjukkan skor min ujian mengikut jantina secara perbandingan. Pelajar perempuan seramai 39 orang manakala pelajar lelaki seramai 36 orang dengan sampel keseluruhan sampel n = 75. Tiga jenis ujian ditadbirkan kepada pelajar perempuan dan pelajar lelaki, ujian Serapan, ujian Pinjam Terjemah dan ujian Radas Sains.
Pelajar perempuan mencapai skor min paling tinggi secara keseluruhan melalui ketiga-tiga ujian yang diberikan dengan skor min antara 7.69 – 9.43, berbanding pelajar lelaki dengan skor min hanya 4.83 - 5.83.


Rajah 4.3.1.6: Skor Min Ujian Mengikut Jantina



4.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kemampuan BM Dalam Bidang Sains

Jadual 4.3.2.1 di bawah menunjukkan dapatan analisis persepsi pelajar terhadap kemampuan BM dalam bidang sains. Hasil analisis didapati seramai 51 pelajar 68 % memberi respon positif terhadap kemampuan BM dalam bidang sains dengan skor min di antara 2.51 – 4.00, iaitu berada pada tahap tinggi berbanding dengan 24 pelajar 32 % member respon negatif terhadap kemampuan BM dalam bidang sains dengan skor min di antara 1.00 – 2.50, iaitu berada pada tahap rendah.
Jadual 4.3.2.1:
Skor Min Persepsi Pelajar Terhadap Kemampuan Bahasa Melayu

SKOR MIN F PERATUS
1.63 1 1.3
2.00 3 4.0
2.06 1 1.3
2.25 1 1.3
2.31 4 5.3
2.38 4 5.3
2.44 3 4.0
2.50 7 9.3
2.56 6 8.0
2.63 10 13.3
2.69 8 10.7
2.75 3 4.0
2.81 6 8.0
2.88 6 8.0
2.94 3 4.0
3.00 1 1.3
3.06 1 1.3
3.13 2 2.7
3.19 1 1.3
3.38 1 1.3
3.50 1 1.3
3.56 2 2.7
JUMLAH 75 100.0


4.4 ANALISIS STATISTIK INFERENSI DAPATAN BERDASARKAN HIPOTESIS KAJIAN


Sebanyak enam hipotesis nol dicadangkan dalam kajian ini untuk diuji menggunakan statistik inferensi yang melibatkan ujian perbezaan, iaitu ujian –t dan Anova Sehala , ujian untuk melihat hubungan antara konstruk iaitu Korelasi Phearson – r. Hasil dapatan disusun mengikut hipotesis kajian.
H01: Tidak terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut jantina.



Jadual 4.4.1: Skor Min dan nilai – t bagi Jantina

Jantina N Skor Min sp Nilai -t
KESELURUHAN UJIAN Lelaki 36 7.86 3.18 3.088*
Perempuan 39 10.64 4.45
* korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-tailed).


Hasil analisis ujian t sampel bebas ditunjukkan dalam Jadual 4.4.1 didapati skor min bagi pelajar perempuan bagi ketiga- tiga ujian secara keseluruhannya adalah lebih tinggi berbanding skor min yang diperoleh oleh pelajar lelaki dengan perbezaan min 10.64 berbanding 7.86, sp 3.18 dengan 4.45. Hasil analisis ujian-t mendapati nilai –t dikira 3.088 adalah lebih tinggi berbanding nilai – t kritikal dengan itu penyelidik membuat keputusan menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis alternatif. Keputusan ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut jantina dengan nilai –t 3.088 pada aras keyakinan p = 0.05.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut jenis sekolah.



Jadual 4.4.2: Skor Min dan nilai – F bagi Jenis Sekolah

KESELURUHAN UJIAN
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Antara Kumpulan 17.470 2 8.735 0.509 .603
Dalam Kumpulan 1234.476 72 17.146
Jumlah 1251.947 74


Hasil analisis Anova sehala ditunjukkan dalam Jadual 4.4.2 didapati nilai F =0.509 pada aras p< 0.05. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut jenis sekolah. Dengan itu, penyelidik membuat keputusan menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut jenis sekolah.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut bangsa.

Jadual 4.4.3: Skor Min dan nilai – F mengikut Bangsa



KESELURUHAN UJIAN
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Antara Kumpulan 50.851 4 12.713 0.741 .567
Dalam Kumpulan 1201.096 70 17.159
Jumlah 1251.947 74
Hasil analisis Anova sehala ditunjukkan dalam Jadual 4.4.3 didapati nilai F =0.741 pada aras p< 0.05. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut bangsa. Dengan itu, penyelidik membuat keputusan menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM yang diajar dalam BI mengikut bangsa.
Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara serapan dengan kepupusan istilah sains dalam BM.

JADUAL 4.4.4: MATRIK KORELASI ANTARA KONSTRUK

Ujian Serapan Ujian Pinjam Terjemah Ujian Radas Sains persepsi pelajar Skor Kpupus Skor ABC
1. Ujian Serapan 1 .628(**) .408(**) .203(*) -.298(*) .652(**)
. .000 .000 .040 .022 .000
2. Ujian Pinjam Terjemah .628(**) 1 .570(**) .199(*) -.582(**) .647(**)
.000 . .000 .043 .000 .000
3. Ujian Radas Sains .408(**) .570(**) 1 .258(*) -.160 .901(**)
.000 .000 . .013 .144 .000
4. persepsi pelajar .203(*) .199(*) .258(*) 1 .072 .268(*)
.040 .043 .013 . .318 .010
5. Skor
Kpupus -.298(*) -.582(**) -.160 .072 1 -.149
.022 .000 .144 .318 . .162
6. Skor ABC .652(**) .647(**) .901(**) .268(*) -.149 1
.000 .000 .000 .010 .162 .
75 75 75 75 46 75
** korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (1-tailed).
* korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (1-tailed).


Hasil analisis ujian korelasi Phearson –r dalam matrik ditunjukkan dalam Jadual 4.4.4 didapati nilai korelasi Phearson – r 0.582 dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara pinjam tertemah dengan kepupusan istilah sains dalam BM pada aras keyakinan p = 0.05. Ini menunjukkan wujud hubungan yang kuat secara signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara pinjam terjemah dengan kepupusan istilah sains dalam BM. Oleh itu, penyelidik menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis alternatif yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara serapan dengan kepupusan istilah sains dalam BM dengan nilai Phearson r= 0.298 pada aras p = 0.05.

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara pinjam terjemah dengan kepupusan istilah sains dalam BM.

Hasil analisis ujian korelasi Phearson –r dalam matrik ditunjukkan dalam Jadual 4.4.4 didapati nilai korelasi Phearson – r 0.298 dari segi tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara serapan dengan kepupusan istilah sains dalam BM pada aras keyakinan p = 0.05.
Ini menunjukkan wujud hubungan yang rendah secara signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara serapan dengan kepupusan istilah sains dalam BM. Oleh itu, penyelidik menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis alternatif yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan istilah sains dalam BM secara pinjam terjemah dengan kepupusan istilah sains dalam BM dengan nilai Phearson r= 0.582 pada aras p = 0.05.

Ho6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kemampuan BM sebagai bahasa sains dan matematik dengan kepupusan istilah sains dalam BM.

Hasil analisis ujian korelasi Phearson –r dalam matrik ditunjukkan dalam Jadual 4.4.4 didapati nilai korelasi Phearson – r 0.072 antara persepsi pelajar terhadap kemampuan BM sebagai bahasa sains dan matematik dengan kepupusan istilah sains dalam BM pada aras keyakinan p < 0.05.

Ini menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kemampuan BM sebagai bahasa sains dan matematik dengan kepupusan istilah sains dalam BM. Oleh itu, penyelidik menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kemampuan BM sebagai bahasa sains dan matematik dengan kepupusan istilah sains dalam BM dengan nilai Phearson r= 0.072 pada aras < 0.05.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner