Tuesday, October 13, 2009

Konsep Tri-bahasa: Jati diri akhbar negeri Sabah ?

Abstrak
Akhbar-akhbar tempatan di negeri Sabah mempunyai jati diri atau identiti yang unik. Keunikan ini terserlah dalam pemilihan bahasa pengantar yang digunakan. Bukan satu bahasa pengantar atau dua bahasa pengantar tetapi tiga bahasa pengantar dalam satu akhbar. Senario ini dipanggil tri-bahasa atau 3 dalam 1.
Kenapa ini boleh berlaku ? Bagaimana proses pembentukan jati diri tri-bahasa ini boleh terjadi ? dan apa rupa bentuk kandungan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar ini ? Persoalan-persoalan itulah yang akan dijawab kajian ini.
Konsep tri-bahasa menjadi pilihan kerana itulah formula survival yang telah dibuktikan oleh sejarah industri persuratkhabaran di negeri Sabah. Hanya akhbar yang menggunakan konsep tri-bahasa berjaya kerana mempunyai pembeli yang terdiri daripada golongan elit yang membaca bahasa Inggeris, golongan terpelajar yang membaca bahasa Melayu dan golongan etnik KadazanDusun yang merupakan kaum majoriti di negeri Sabah. Walaupun 3 bahasa digunakan tetapi kajia analisis kuantiti berita menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan diikuti bahasa Melayu dan bahasa KadazanDusun.
Bukan tidak ada akhbar berbahasa tunggal wujud di negeri Sabah tetapi usianya mesti tidak panjang. Terutama akhbar berbahasa tunggal Inggeris dan Melayu. Oleh itu, keunikan konsep tri-bahasa ini merupakan jati diri kepada industri akhbar di negeri Sabah.

he he akhirnya
berjaya siap juga
skrng duduk2
snyum2
sbb nur ksyngn abng
sdg edit
hik hik
tq syng
bertuah abng

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner