Monday, September 14, 2009

Abstrak Kajian - due date hari nie

3hb oktober
pembentangan proposal peringkat fakulti
so kena arah ut hntr abstrak
due date hari nie
14 september.

so this is my abstrak. siap edit semalam. guna kmptr adik ja.
blum hntr lagi. sdng tunggu editor tetap utk edit n bagi approval hehe


Nama : Dohimbang Bongkihoi
No. Matriks : GS23590
Supervisor :
1. Dr Norazuwan (ketua)
2. Dr Hasnah
3. Dr Vijaya

tajuk : Implikasi pelaksanaan PPSMI terhadap istilah sains dalam BM

Abstrak
Dasar pengajaran sains dan matematik atau ringkasnya PPSMI (Etems) telah dilaksanakan pada tahun 2003 dengan tahun 1 di sekolah rendah, tingkatan 1 dan 4 di sekolah menengah dan tingkatan 6 rendah serta matrikulasi menjadi kohort 1. Kini, kohort tahun 1 PPSMI itu telahpun berjaya mengharungi alam persekolahan rendah. Berdasarkan andaian bahawa pelajar PPSMI bukan sahaja fasih bercakap tapi juga menaakul ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris maka kajian ini memfokus kepada kesan pelaksanaan PPSMI terhadap aspek istilah sains dalam bahasa Malaysia. Kajian ini dilaksanakan di SMK Tamparuli, Tamparuli, Sabah. Seramai 200 orang responden kohort 1, PPSMI yang kini berada di tingkatan 1 dipilih untuk menjadi sampel kajian. Kajian secara tinjauan dan pemerhatian ini cuba untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut; Apa yang telah terjadi kepada istilah-istilah sains dalam bahasa Malaysia yang diajar menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan kohort tahun 1 semasa di sekolah rendah ? Adakah istilah-istilah ini masih lagi dikuasai oleh mereka selepas mereka (sepatutnya) tidak pernah diajar istilah itu di dalam kelas dan mengaplikasikanya secara lisan mahupun tulisan? Dalam mencari jawapan ini, kajian mengguna pakai teori tahap kepupusan bahasa oleh David Crystal dalam menghubungkan data-data daripada ujian penguasan istilah sains dalam bahasa Malaysia, persepsi mereka terhadap kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu sains dan tahap penggunaan serta kebanggaan mengguna istilah sains bahasa Malaysia berbanding bahasa Inggeris dengan tahap kategori kepupusan bahasa yang dinyatakan oleh Crystal. Jawapan ini penting untuk melihat realiti kepupusan istilah sains dalam bahasa Malaysia dan seterusnya meletakkan tahap itu dalam kategori kepupusan berlandaskan teori tersebut.

0 comments:

 

.................aspiration. Design By: SkinCorner